web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Sumbangsih: JDT Mudah Atasi Kl City FC 3-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 8:05AM

Pemain-pemain JDT meraikan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih setelah menewaskan KL City FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan mengatasi Kuala Lumpur City (KL) City FC untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut selepas mencatat kemenangan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, malam tadi.

Jaringan pemain tengah Muhamad Nazmi Faiz Mansor dan penyerang import baharu Fernando Forestieri masing-masing meletakkan JDT mendahului pada separuh masa pertama sebelum pemain gantian Mohd Afiq Fazail melengkapkan malam gemilang pasukan dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan.

Kejayaan di laman sendiri itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh dalam tempoh lapan musim sejak mula mendominasi saingan itu pada 2018.

JDT juga memahat sejarah tersendiri malam ini apabila muncul satu-satunya pasukan merekodkan pencapaian memenangi Piala Sumbangsih lima kali berturut-turut selepas mencipta hatrik pada edisi 2020 diikuti kejayaan musim 2021.

Bermain di hadapan penyokong sendiri di gelanggang keramat mereka, skuad bimbingan Benjamin Mora yang tewas kepada KL City FC di pentas final Piala Malaysia 2021 Disember lepas, memulakan aksi dengan garang apabila berjaya mencipta beberapa peluang berbahaya pada 10 minit pertama.

Dua percubaan berbahaya JDT hadir menerusi pemain import Leandro Velazquez dan Forestieri, namun rembatan dari luar masing-masing pada minit ketujuh dan kesembilan itu sedikit tersasar daripada pintu gol KL City FC yang dikawal pemain kebangsaan Filipina Kevin Ray Mendoza.

Selepas usaha memburu gol awal JDT menerusi hantaran-hantaran ke dalam kotak penalti dan rembatan dari luar kotak penalti gagal mendatangkan hasil, jaringan yang ditunggu-tunggu hadir pada minit ke-26 sekali gus menceriakan puluhan ribu penonton tuan rumah.

Gol terhasil apabila Muhamad Nazmi bijak menyelinap melepasi pertahanan lawan untuk membuat tandukan kemas, namun pujian harus diberikan kepada pemain sayap muda Arif Aiman Mohd Hanapi yang berjaya menggelecek Declan Lambert  sebelum membuat hantaran cantik menggunakan kaki kiri.

Lima minit berselang giliran Forestieri merobek gawang KL City FC dengan melepaskan rembatan kaki kanan dari luar kotak penalti sekali gus menyaksikan bekas penyerang Udinese dan Watford berusia 32 tahun itu memperkenalkan dirinya kepada penyokong JDT dengan bergaya.

Ketinggalan 2-0, barisan pemain skuad kendalian Bojan Hodak mula hilang arah, namun masih gagal mencipta percubaan berbahaya dalam usaha mengejar kedudukan apabila setiap gerakan berjaya dipatahkan pasukan tuan rumah untuk kekal mendahului pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, KL City FC tampil lebih segar dengan berjaya melakukan percubaan tepat ke arah gawang lawan, namun tandukan pemain import baharu Kevin Koubemba pada minit ke-46 itu berjaya diselamatkan penjaga gol JDT yang juga kapten pasukan Mohd Farizal Marlias.

Enggan menyerah kalah, Hodak melakukan beberapa pertukaran antaranya membawa masuk penyerang Muhammad Hadin Azman dalam usaha memperbaiki mutu serangan pasukan yang tumpul tetapi percaturan itu gagal merampas penguasaan bola daripada JDT.

Di penghujung perlawanan, Ketua Pasukan KL City FC Paulo Josue terlepas peluang keemasan merapatkan kedudukan selepas tandukan lemahnya pada minit ke-84 berpunca dari sepakan percuma berjaya ditepis Mohd Farizal.

Justeru, JDT mengambil kesempatan untuk melakukan serangan balas yang menyaksikan Mohd Afiq menjadikan kedudukan 3-0 selepas melepaskan sepakan voli dari luar kotak penalti sekali gus mengesahkan kemenangan pasukan.

Dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Mora memuji gaya permainan tenang dan berdisiplin anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan yang membuahkan kejayaan bermakna di awal musim.

“Mereka tahu apa yang perlu dilakukan, semangat juang, mentaliti kemenangan, mengatasi cabaran, menguasai bola. Kami tahu KL akan bertahan, kami sudah menganalisis … mereka hanya menunggu JDT melakukan kesilapan,” katanya.

Sementara itu, Hodak berkata KL City memulakan perlawanan dalam keadaan kurang lancar dan anak buahnya bergelut dengan tekanan yang diberikan JDT. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad