web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu FC Berjaya Tundukkan Perak FC 2-0

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 7:58AM

Perak FC tumpas kepada Terengganu FC di laman sendiri dengan jaringan 2-0. - Gambar dari Facebook Perak FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perak FC gagal merakamkan kemenangan kedua berturut-turut apabila tumpas 2-0 kepada Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam ini. 

Pasukan pelawat nyaris mendahului pada minit kedua, namun tolakan yang dilakukan penyerang import dari Ghana, Jordan Mintah berjaya dikeluarkan dari garisan gol oleh pemain pertahanan Perak, Shakir Hamzah. 

Berselang seminit, Mintah sekali lagi cuba memecah kebuntuan namun tandukannya hasil hantaran silang rakan sepasukan, Makan Konate sedikit tinggi melewati palang gol Perak.

Skuad The Bos Gaurus cuba untuk mengimbangi asakan lawan tetapi tandukan yang dilakukan pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos yang berpunca daripada sepakan sudut Mohd Raifiuddin Rodin sedikit melewati palang gol Terengganu. 

Terengganu akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-24, apabila rembatan kencang bekas pemain kebangsaan Mohd Faisal Abdul Halim dari dalam kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Perak, Mohd Hafizul Hakim. 

Pasukan tuan rumah sekali lagi cuba menyamakan kedudukan, namun 'first timer' yang dilakukan pemain import, Raianderson dari dalam kotak penalti lawan pada minit ke-42 melewati palang gol meskipun penjaga gol lawan, Muhammad Rahadiazli Rahalim sudah tertewas. 

Bersambung aksi babak kedua, Perak melakukan serangan bertali arus dan pada minit ke-76, rembatan kencang  yang dilakukan penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula di penjuru kiri kotak penalti gawang Terengganu berjaya di tepis keluar oleh Muhammad Rahadiazli. 

De Paula sekali lagi kecewa pada minit ke-86, apabila lambungan yang dilakukan dari dalam kotak penalti sekadar singgah ke palang gol lawan. 

Tersentak dengan serangan bertali arus itu, pasukan pelawat memperkemaskan jentera serangan dan akhirnya pada minit ke-90, pemain import dari Ivory Coast, Dechi Marcel berjaya menggandakan jaringan menerusi satu percubaan lencong dari luar kotak penalti tuan rumah. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad