web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri Lulus RM240 Juta Laksana Program Podium

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 5:16PM

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Berita gembira buat arena sukan negara apabila Jemaah Menteri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM240 juta untuk pelaksanaan Program Podium bermula 2022-2025.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mengumumkan perkara itu berkata beliau yakin peruntukan sebanyak RM60 juta setahun itu mampu membantu mempersiapkan kontinjen negara menghadapi beberapa temasya utama bermula tahun ini, sekali gus meningkatkan kecemerlangan sukan kebangsaan.

Antara temasya utama bakal dihadapi dalam tempoh peruntukan tersebut ialah Sukan SEA Hanoi bermula 12-23 Mei ini, Sukan Komanwel Birmingham (28 Julai hingga 8 Ogos), Sukan Asia Hangzhou (10-25 Sept), Sukan Para Asia (Oktober) serta Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Beliau berkata beberapa atlet Program Podium yang digugurkan atau tidak disambung kontrak kerana kekangan kewangan pada awal tahun ini, berpeluang ditawarkan kontrak baharu jika masih berpotensi untuk menyumbang pingat buat negara.

“Kita mendengar keluhan daripada para atlet yang ditamatkan kontrak, pencinta sukan tanah air dan kepimpinan persatuan sukan.

“Saya telah bawakan perkara ini ke Jemaah Menteri dan alhamdulillah mereka telah meluluskannya, insya-Allah kita kaji semula kontrak yang akan ditamatkan sebelum ini.

“Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya satu butiran projek baharu diwujudkan bagi Program Podium di bawah Peruntukan Pembangunan, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Perkara ini akan disusuli dengan (dikemukakan kepada) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Menara KBS di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata kepimpinan tertinggi kementerian akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai perancangan perbelanjaan itu, antara lain cadangan mengenai penekanan khusus kepada sukan-sukan berpotensi besar untuk menyumbang pingat buat negara di temasya utama.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MSN sebelum ini terpaksa mengecilkan jumlah atlet Program Podium bagi mengurangkan perbelanjaan kerana program itu tidak mendapat peruntukan dalam Belanjawan 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober lepas.

Sementara itu, Ahmad Faizal mengesahkan bahawa Jemaah Menteri juga telah meluluskan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para Sukma 2022 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi konsep gelembung sukan yang akan dikendalikan oleh KBS sendiri melalui MSN.

Beliau berkata penganjuran Sukma dan Para Sukma perlu diteruskan bagi memastikan kesinambungan dan pembangunan sukan di peringkat negeri dilaksanakan secara konsisten agar negara tidak ketandusan atlet yang bakal menggantikan atlet di peringkat kebangsaan pada masa hadapan.

Dengan jangkaan sebanyak 12,000 orang menyertai edisi kali ini, Ahmad Faizal berkata penganjuran akan dilakukan mengikut dua fasa bagi Sukma dan Para Sukma untuk memastikan bilangan atlet dan pegawai terlibat pada satu-satu masa tidak terlalu ramai.

“Kos penganjuran dianggarkan antara RM35-RM40 juta...Penganjuran ini akan menggunakan kemudahan sedia ada yang digunakan semasa penganjuran Sukan SEA 2017 serta kemudahan milik KBS dan fasiliti kerajaan.

“Perincian lain seperti tarikh, jenis sukan dan jumlah acara akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma. Kita jangka temasya ini diadakan pada pertengahan tahun ini atau separuh kedua tahun ini, perlu teliti dulu kerana jadual tahun ini padat dengan pelbagai acara,” jelasnya.

Kali terakhir Sukma diadakan adalah pada 2018 di Perak, manakala Sukma 2020 yang sepatutnya diadakan di Johor, terpaksa ditangguh beberapa kali berikutan pandemik COVID-19.

Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada Oktober 2021 bersetuju menangguhkan Sukma Johor hingga tahun 2024, dan memutuskan supaya MSN menganjurkan Sukma dan Para Sukma 2020 di Kuala Lumpur tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan