web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skuad Lelaki Cipta Sejarah, Juarai BATC Buat Kali Pertama

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 9:26PM

Pasukan badminton lelaki negara muncul juara Kejohanan BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pasukan lelaki kebangsaan mencipta sejarah selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat pertama kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0, di sini hari ini.

Apa yang lebih menarik lagi, skuad utama Malaysia yang mengambil kesempatan ke atas pasukan kedua Indonesia, menggagalkan harapan musuh tradisi itu untuk memenangi kejohanan itu buat kali keempat berturut-turut, sejak kejohanan itu bermula pada 2016.

Bagaimanapun juara All England Lee Zii Jia bermula agak perlahan dan terpaksa berhempas pulas bagi mengelakkan Chico Aura Dwi Wardoyo dari memenangi set pembukaan 21-14.

Bagaimanapun bangkit dengan sokongan penuh daripada 200 penyokong tempatan di Pusat Konvesyen Setia City di sini, Zii Jia meningkatkan permainan dan serangannya, yang menyaksikan pemain nombor tujuh dunia itu berjaya mendahului pemain berusia 23 tahun dari Indonesia itu 16-6, sebelum menang set kedua dengan 21-12.

Set ketiga memperlihatkan keupayaan sebenar Zii Jia, dan berjaya mengalahkan Chico 21-10, dan memberikan Malaysia mata pertama.

Aksi seterusnya menyaksikan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik melebarkan kedudukan kepada 2-0, dengan mengalahkan pasangan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam masa 56 minit.

Pasangan nombor tujuh dunia Aaron-Wooi Yik juga bermula di bawah prestasi sebenar dan tewas 17-21, sebelum pasangan itu meningkatkan permainan dan mengalahkan lawan yang berkedudukan ke-28 dunia, 21-13, sebelum menangi set ketiga yang penuh mendebarkan dengan mata 21-18.

Pemain muda meningkat naik Ng Tze Yong, pula berjaya mengembirakan peminat Malaysia dengan memberikan mata kemenangan 3-0.

Tze Yong, 21, yang berkedudukan ke-47 dunia menunjukkan prestasi baik dengan memenangi kedua-dua set dalam perlawanan menentang pemain ke-90 dunia Leonardo Imanuel Rumbay.

Selepas menang set pertama dengan 21-14, Tze Yong dengan smesynya yang kuat berjaya menamatkan permainan dengan 21-15, sekali gus menjadikan Malaysia selaku juara Asia yang baharu.

Penonton bersorak kegembiraan. Pasukan negara terus memasuki gelanggang untuk meraikan kemenangan bersejarah itu.

Kemenangan itu juga membolehkan Malaysia membalas dendam ke atas kekalahan mereka kepada Indonesia 1-3 pada edisi 2020 di Manila Filipina.

Walaupun tewas kepada Malaysia hari ini, Indonesia masih boleh tersenyum kerana pasukan wanita mereka, berjaya menjuarai kategori wanita di BATC buat pertama kalinya, selepas mengalahkan juara bertahan Korea Selatan 3-1. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad