Berita Terkini

12 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Hamidin Kekal Teraju FAM

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 3:55PM

Hamidin Mohd Amin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Hamidin Mohd Amin berjaya mempertahankan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk penggal 2021-2025, selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-57 di sini, hari ini.

Ia menjadi penggal kedua buat Hamidin yang juga Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), selepas mula dilantik menduduki kerusi nombor satu badan induk itu pada Julai 2018, menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketiadaan pertandingan bagi dua jawatan timbalan presiden menyaksikan Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengekalkan kerusinya, sementara Datuk S.Sivasundaram sah dilantik menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal, yang tidak mempertahankan kedudukannya.

Persaingan dalam mengisi empat kerusi naib presiden menyaksikan Datuk Seri Rosmadi Ismail meraih jumlah undian tertinggi iaitu 36 undi diikuti Mohd Joehari Mohd Ayub (35), Mohd Firdaus Mohamed (32) dan Datuk Posa Majais menerima 30 undi.

Ia sekali gus mengetepikan cabaran bekas timbalan presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah yang  sebelum ini mengintai peluang kembali menabur bakti bersama badan induk itu, selepas hanya meraih 27 undi.

Bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM pula, empat penyandang jawatan tersebut iaitu Datuk Jefferey Low Han Chau mendapat undi tertinggi, 34 undi, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (28), Christopher Raj Aralanthu (25), dan Md Dali Wahid (25), antara keseluruhan lapan calon dipilih pada pemilihan itu.

Sementara Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan N.Saaran memperperoleh 31 undi, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor Datuk Seri Shahril Mokhtar (25 undi), bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Datuk Adly Shah Ahmad Tah (21) dan Syed Yazid Syed Omar meraih 25 undi pada undian kali kedua, yang melengkapkan senarai jawatan itu.

Terdahulu, Syed Yazid dan Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, terikat dengan jumlah 19 undi sebelum undian semula dibuat melibatkan kedua-dua calon menyaksikan Syed Yazid meraih 25 undi sementara Kamarul Ariffin mendapat 15 undi.

Sementara itu Datuk Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah yang turut tidak dicabar kali ini, sah mengisi dua jawatan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif wanita.

Sebanyak 20 perwakilan hadir pada Kongres FAM yang berlangsung lebih tiga jam, bermula seawal 10 pagi tadi dengan dua undian diberikan kepada setiap perwakilan. - Bernama

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurangan Pencemaran, Penggunaan Plastik Tanggungjawab Semua Pihak

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 10 jam yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi