web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beijing 2022: Nasib Tidak Menyebelahi Aruwin Dalam Acara Slalom

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 2:37PM

Aruwin beraksi dalam Run 1 acara slalom hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nasib tidak menyebelahi atlet lucur Alpine wanita negara Aruwin Idami Salehhuddin pada cubaan keduanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, hari ini.

Selepas berjaya menduduki tempat ke-38 yang membanggakan dalam acara giant slalom wanita pada Isnin, Aruwin terjatuh ketika meluncur menuruni laluan dalam Run 1 slalom wanita di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing.

Peluncur berpangkalan di Colorado yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-18 Isnin depan, sedang meluncur dengan baik, sebelum terjatuh hampir kepada garisan penamat, seterusnya gagal layak ke Run 2.

Peluncur Jerman Duer Lena mendahului Run 1 dengan catatan 52.17 saat (s), diikuti atlet Switzerland Gisin Michelle (52.20s) dan Hektor Sara (52.29s) layak ke Run 2 dan pusingan akhir sebagai pencabar utama.

Atlet beusia 17 tahun yang mencipta rekod sebagai wanita rakyat Malaysia pertama bertanding di Olimpik Musim Sejuk, mencatatkan 1:06.13s pada Run 1 acara giant slalom pada Isnin pada kedudukan ke-46.

Pada Run 2 pada hari sama, beliau mencatatkan 1:06.15s, untuk menduduki tempat ke-38 dengan masa keseluruhan 2:12.28s.

Cabaran negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diteruskan oleh seorang lagi peluncur Alpine Jeffrey Webb yang membuat penampilan pertama pada 2018 di Sukan Olimpik Pyeongchang di Korea Selatan dalam acara slalom lelaki pada 16 Februari.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Moira Tan, berterima kasih bagi pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan berharap atlet itu akan kembali dengan memberikan cabaran lebih baik pada edisi Sukan Olmpik yang akan datang.

“Aruwin telah membanggakan kita dengan membawa cabaran negara di Olimpik Musim Sejuk ini. Kami pasti Aruwin akan terus bekerja keras dan mempunyai keupayaan untuk kembali menyertai sukan ini empat tahun lagi di Milano Cortina pada 2026 dengan keputusan lebih baik lagi,” katanya seperti dimuat naik di laman Facebook MOM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 tahun yang lalu

Taman Shougang Dibuka Semula Kepada Pengunjung, Jadi Destinasi Popular

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Olimpik Musim Sejuk: Cabaran Malaysia Tamat Selepas Jeffrey Terkandas

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Diplomat India Boikot Upacara Olimpik Musim Sejuk Beijing

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad