web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Olimpik Musim Sejuk: Cabaran Malaysia Tamat Selepas Jeffrey Terkandas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 5:35PM

Jeffrey mengalami nasib malang buat kali kedua berturut-turut selepas gagal menamatkan acara sama empat tahun lepas. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran Malaysia pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berakhir selepas peluncur Alpine negara Jeffrey Webb tidak berjaya meneruskan saingan dalam acara slalom lelaki di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing, hari ini.

Beliau yang muncul atlet Malaysia pertama membuat dua penampilan di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas kemunculan sulung pada edisi 2018 di PyeongChang, Korea Selatan, terjatuh pada awal saingan Run 1 menyebabkan beliau gagal untuk meneruskan acara.

Ia sekali gus menghalang Jeffrey daripada beraksi dalam Run 2 bagi mencabar kedudukan terbaik keseluruhan.

Keputusan itu menyaksikan atlet berpangkalan di Amerika Syarikat berusia 23 tahun itu mengalami nasib malang buat kali kedua berturut-turut selepas gagal menamatkan acara sama empat tahun lepas.

“Jeffrey telah berusaha sebaik mungkin namun nasib tidak memihaknya. Seharusnya kita berikan penghargaan terhadap sumbangannya mengibarkan bendera negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 ini.

“Kita berharap Jeffrey akan terus gigih berlatih dan bangkit kembali pada Sukan Musim Sejuk Milano Cortina 2026,” kata Chef-de-Mission (CDM) Malaysia ke Beijing 2022, Moira Tan dalam catatan di laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia.

Sebelum ini, atlet luncur Alpine negara Aruwin Idami Salehhuddin yang membuat penampilan sulung di temasya itu menamatkan cabaran dalam acara giant slalom wanita dengan berada dalam kelompok 40 terbaik pada 7 Februari lepas.

Bagaimanapun, dua hari kemudian nasib tidak menyebelahi peluncur berusia 17 tahun itu dalam acara keduanya iaitu slalom wanita apabila gagal menamatkan acara selepas terjatuh pada Run 1.

Hanya dua atlet mewakili Malaysia pada temasya sukan berprestij ini yang dijadual melabuhkan tirainya 20 Februari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 tahun yang lalu

Beijing 2022: Nasib Tidak Menyebelahi Aruwin Dalam Acara Slalom

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek