web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taman Shougang Dibuka Semula Kepada Pengunjung, Jadi Destinasi Popular

Terkenal sebagai lokasi acara ski gaya bebas Big Air Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Taman Shougang di Beijing kini dibuka semula kepada pengunjung dan menjadi destinasi popular.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 2:36PM

Pemandangan Big Air di Taman Shougang, Beijing. Gambar: Noel Celis, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal sebagai lokasi acara ski gaya bebas Big Air Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Taman Shougang di Beijing kini dibuka semula kepada pengunjung dan menjadi destinasi popular dalam kalangan masyarakat.

Penulis yang turut berkesempatan mengunjungi destinasi popular itu, mendapati rata-rata pengunjung teruja untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Big Air, iaitu tempat menyaksikan empat pingat emas berjaya dihasilkan dalam temasya sukan itu.

Kebiasaannya, sebaik temasya Olimpik melabuhkan tirainya, kemudahan Big Air di negara penganjur akan ditutup bagi kegunaan lain.

Namun, buat pertama kalinya, fasiliti Big Air di Taman Shougang yang mempunyai ketinggian sehingga 60 meter, terus dikekalkan kewujudannya.

Walaupun temasya sukan itu telah berakhir, namun keghairahan penduduk tempatan terhadap aktiviti ais dan salji tidak berkurangan.

Penulis turut berpeluang bertemu beberapa pengunjung, ramai antara mereka menganggap taman itu dapat mencetuskan inspirasi selain menyuntik keberanian dan kedinamikan dalam hidup seharian.

Dibina pada 1919, Taman Shougang yang merupakan bekas kilang besi keluli, turut menjadi simbol kepada proses pembangunan perindustrian di China.

Menjelang Olimpik Beijing 2008, atas faktor kapasiti ekosistem Beijing yang terhad dan keperluan untuk membangun, Shougang dipindahkan ke provinsi Hebei.

Ruang untuk pengeluaran keluli diubah suai menjadi pejabat jawatankuasa penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing; loji kuasa stim diubah menjadi stadium; bengkel arang batu ditukar menjadi pusat latihan sukan musim sejuk kebangsaan; terdapat juga sebahagian ruang yang ditransformasi sebagai taman budaya dan inovasi.

Pada 2021, Taman Shougang juga mengalu-alukan tetamu seluruh dunia melalui Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS).

Selepas Olimpik Musim Sejuk 2022, taman budaya dan inovasi tersebut semakin terkenal dengan menggabungkan elemen perhotelan, restoran, kedai buku dan tempat hiburan bergaya perindustrian yang sungguh istimewa.

Bermula sebagai kilang keluli lama kini ia menjadi destinasi pelancongan menarik serta popular, sekali gus memperlihatkan transformasi Taman Shougang melakar kejayaan dalam aspek pembangunan hijau dan lestari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 2 tahun yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik