web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MotoGP: SIC Masih Tunggu Kelulusan Anjur GP Malaysia 2022

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 9:11PM

Azhan Shafriman Hanif - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk menganjurkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 23 Okt ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif menaruh harapan permohonan penganjuran GP Malaysia itu akan diluluskan pihak berkuasa selepas berakhirnya Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022 yang bermula esok sehingga Ahad ini.

“Masih dalam peringkat mohon kelulusan, kami amat berharap lepas ujian musim sejuk dapat kelulusan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara untuk anjur perlumbaan MotoGP pada bulan Oktober nanti,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan penganjuran acara berkenaan di sini, hari ini.

Situasi pandemik COVID-19 menyebabkan perlumbaan MotoGP di sini dibatalkan buat dua tahun berturut-turut iaitu bagi musim 2020 dan 2021.

Mengenai Ujian Musim Sejuk kali ini, Azhan berkata pihaknya telah pun bersedia untuk menganjurkan acara itu dan berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang banyak membantu.

Mengulas mengenai isu seorang pelumba MotoGP yang didakwa melanggar peraturan gelembung sukan di sini, Azhan mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam ujian itu supaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan penganjur iaitu Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) serta Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada pelumba itu, selain berharap penganjur juga mengenakan tindakan sewajarnya.

“Kami amat memandang serius isu ini kerana tidak mahu kredibiliti SIC terjejas akibat kesalahan dilakukan pelumba terlibat,” katanya.

Sebuah portal antarabangsa melaporkan SIC mengeluarkan amaran kepada seorang pelumba selepas didakwa melanggar peraturan gelembung sukan dengan berbasikal berhampiran Putrajaya, kira-kira 35 kilometer (km) dari litar berkenaan semalam.

Mengikut SOP ditetapkan, kesemua pasukan dan pelumba terlibat dalam ujian berkenaan hanya dibenarkan tinggal di sebuah hotel dan berulang-alik ke litar sahaja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad