Berita Terkini

1 jam yang lalu: Polis tumpas 'Geng Mizan' aktif pecah rumah 1 jam yang lalu: Bukan semua permintaan atlet Program RTG dipenuhi - Hannah 1 jam yang lalu: Kastam gagalkan cubaan seludup dadah menerusi kurier, udara 2 jam yang lalu: Pembukaan Jambatan Bagan Datuk tarik minat pelabur - Ahmad Zahid 2 jam yang lalu: Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta

IKUTI KAMI


Kemelut Sukan Negara : Yang Jelas Dan Samar

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa peristiwa kurang menyenangkan dalam dunia sukan Malaysia telah berlaku satu demi satu. Apa cerita sebenarnya?

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 10:16AM

Gambar Hiasan, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini peminat sukan tanah air dikejutkan dengan berita keputusan pemain badminton negara, Lee Zii Jia, yang memilih untuk keluar dari bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan susulannya, BAM mengambil keputusan menggantung beliau dari menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa. 

Tindakan BAM itu mengejutkan ramai pihak memandangkan beliau nafas baharu badminton negara setelah persaraan Datuk Lee Chong Wei pada tahun 2019. Zii Jia merupakan juara bertahan kejohanan All England dan pemenang pingat emas Sukan Sea 2019. 

Sebenarnya, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa peristiwa kurang menyenangkan dalam dunia sukan Malaysia telah berlaku satu demi satu. Pertamanya, berita bahawa elaun atlet negara dikurangkan berikutan penyelarasan semula oleh Majlis Sukan Negara (MSN), khabarnya kerana peruntukan dari kerajaan yang berkurangan. 

Pada masa yang sama, kerajaan mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk sukan bola sepak - satu langkah yang agak ironik memandangkan sukan bola sepak cukup popular untuk mendapat tarikan penaja swasta berbanding dengan sukan lain seperti olahraga atau skuasy yang atletnya terpaksa dikurangkan elaun mereka.

Tidakkah lebih sesuai wang RM10 juta itu disalurkan kepada sukan yang kurang komersil? 

Gambar Hiasan, Bernama
Gambar Hiasan, Bernama

Ada pula desas-desus kurang senang yang berkata, kalau peruntukan sukan lain adalah berdasarkan pingat, maka apa pula pingat yang dibawa balik sukan bola sepak lewat ini? 

Penulis akur bahawa hal ini lebih berbentuk percaturan politik dalaman serta persatuan dan badan penyelaras sukan yang berbeza, tetapi tanpa ketelusan dan keterbukaan, bagi peminat sukan negara, memang kelihatan ada yang tidak kena dengan pengurusan sukan Malaysia. 

Tidak keterlaluan jika kita berkata bahawa Malaysia merupakan satu negara yang cintakan sukan. 

Sukan merupakan antara penyatu rakyat yang masih utuh, tidak mengira kaum, usia atau agama. 

Rakyat Malaysia sentiasa berganding bahu dalam menyokong usaha atlet  mengharumkan nama negara di persada dunia. 

Namun bagi kebanyakan kita, apa yang kita dapat saksikan hanyalah usaha atlet pada hari pertandingan - 90 minit, dua jam atau beberapa saat sahaja yang menetapkan sama ada mereka gagal atau berjaya. 

Di belakang tabir, bagaimanapun, kita jarang dapat melihat usaha getir dan pengorbanan yang mereka terpaksa lalui demi mencapai cita-cita.

Jadi mungkin kita jarang terfikir atau sedar bahawa bagi atlet-atlet ini, dunia latihan dan pertandingan yang mereka lalui adalah kerja mereka, mata pencarian mereka. 

Gambar Hiasan, AFP
Gambar Hiasan, AFP

Jadi, bayangkan kita di tempat kerja kita; apakah faktor-faktor yang mendorong kita untuk menjadi seorang yang produktif? 

Perkara-perkara seperti gaji yang setimpal, suasana kerja yang baik, manfaat seperti insuran kesihatan, cuti bergaji, serta jaminan masa depan dalam kerjaya tentunya membuat kita rasa lebih selesa dan selamat.

Ketidaktentuan dari segi pendapatan, tiada sokongan untuk beralih kerjaya atau pencen / wang persaraan yang tidak mencukupi pula mungkin menjadi sumber kebimbangan yang ada impak ke atas motivasi kerja kita. 

Adakah keterlaluan jika kita mahukan suasana kerja yang kondusif untuk atlet negara?

Ini yang dibangkitkan oleh pemain nombor 1 dunia, Victor Axelsen (pemain yang ditewaskan oleh Zii Jia dalam kejohanan All England 2021) dalam dua ciapan beliau, “Bayangkan anda berada di dalam posisi di mana anda tidak gembira dalam tempat kerja ada sekarang dan mahukan perubahan. Anda memberi tahu bos anda yang anda mahu berhenti dan bekerja di tempat lain. Namun, bos anda tidak suka dengan keputusan anda dan kerana mereka ada kuasa menghalang anda bekerja di tempat lain, mereka mungkin sekali berbuat demikian….” 

Ini bukanlah fenomena yang hanya berlaku di Malaysia. Pemain bola sepak wanita di Amerika Syarikat, contohnya, sudah bertahun-tahun memperjuangkan tempat kerja yang selamat dan selesa bagi pemain mereka, namun terus menerus tidak dihiraukan oleh majikan mereka. 

Terlalu asingkah idea bahawa kita patut melabur bukan sahaja dari segi infrastruktur luaran, tetapi juga dari segi tempat kerja dan kestabilan masa depan atlet kita? 

Juga baru-baru ini viral kisah bekas atlet paralimpik negara yang menjual tisu untuk kelangsungan hidup.

Terlalu janggalkah kalau pelaburan dalam sukan juga melibatkan program atau trajektori jelas pasca penglibatan mereka dalam sukan - contohnya latihan industri, kursus kejurulatihan atau apa juga perkara yang menjadi minat mereka? 

Sebenarnya, kepincangan-kepincangan yang kita lihat ini, sama ada dari nasib Zii Jia, ke kurangnya sokongan kepada atlet negara, bukanlah perkara yang baru. 

Isu yang lebih besar di sini bukan kes-kes individu, tetapi pengurusan sukan negara secara keseluruhannya. Tidak guna ada berbagai pelan, strategi dan program jika hasilnya masih ditakuk sama. 

Sekian lama peminat sukan negara mengeluh dan pentadbir sukan pula memberi alasan rakyat tidak tahu keseluruhan cerita (kerana jarang sekali mereka telus dalam bab ini). 

Sama ada kita tahu atau tidak cerita sebenar, mungkin tanda aras kita patut beralih dari alasan dan menuju ke arah perubahan. - Getaran, 23 Januari 2022

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 jam yang lalu

Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

2

Sukan 2 hari yang lalu

Masih Boleh Bersabar Dengan Zii Jia - Hamidin

3

Sukan 4 hari yang lalu

Badminton Asia, BAM Tandatangan MoU Bawa Badminton Ke Tahap Lebih Tinggi

4

Sukan 6 hari yang lalu

Zii Jia Tersingkir Awal Lagi Di Tempat Sendiri

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Lulus BIW Ganti BISS, BISM Untuk Anggota ATM Berkuat Kuasa 1 Julai - Anwar

Sukan 7 jam yang lalu

RTG Sedia Pertimbang Biaya Pemain Badminton Profesional Ke Kejohanan Antarabangsa

Semasa 1 hari yang lalu

Vaksin Pneumokokal Diperluas Kepada Kanak-Kanak 4, 5 Tahun

Semasa 6 jam yang lalu

Kontrak CEO FINAS Tamat Hari Ini, ‘Ia Sebagai Langkah Penstrukturan Semula…’

oleh Susan Albert