web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peluang Kedua Atlet Kembali Ke Program Latihan Masih Ada - KP MSN

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 11:03AM

Datuk Ahmad Shapawi Ismail - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peluang kedua masih lagi terbuka buat atlet kebangsaan yang gagal disenaraikan ke dalam program latihan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi tahun ini, kata Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata atlet terlibat perlu membuktikan mereka benar-benar layak untuk kembali mengikuti program latihan MSN tahun ini selepas nama mereka digugurkan sebelum ini.

“Peluang wujud kepada semua atlet dan sentiasa terbuka selagi mereka mampu membuktikan untuk memberi pulangan yang setimpal dengan pelaburan dilakukan kepada mereka.

“Malah kita ada beberapa atlet olahraga yang dikhabarkan mahu cuba membuktikan mereka masih terbaik bukan sahaja di dalam negara tetapi di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.

Justeru, Ahmad Shapawi percaya bukan sahaja MSN, malah persatuan sukan yang diwakili mereka juga bersedia menerima kepulangan semula atlet ke dalam program latihan, seterusnya membantu mengasah bakat para atlet sehingga mencapai prestasi tertinggi.

Semalam, beliau memaklumkan peruntukan terhad diberikan MSN menyaksikan badan induk sukan itu terpaksa mengurangkan jumlah atlet dalam program latihan dengan menawarkan 248 berbanding 432 tempat tahun lepas kepada atlet biasa manakala 45 tempat untuk atlet para berbanding 114 tempat untuk mengikuti program ditawarkan.

Seramai 178 atlet pelapis pula ditawarkan kontrak baharu berbanding 260 tahun lepas manakala 22 atlet pelapis para pula diberi peluang untuk menikmati program latihan selepas tiada kuota ditawarkan kepada mereka sebelum ini.

Beliau pada masa sama turut mengalu-alukan inisiatif persatuan sukan yang mencari penajaan pihak luar dan tidak bergantung kepada dana kerajaan semata-mata demi kelangsungan atlet termasuk memastikan mereka mempunyai peruntukan tambahan untuk pembayaran elaun.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih terhadap jasa serta keringat bekas atlet terjun kebangsaan yang juga juara dunia 2017, Cheong Jun Hoong dalam mengharumkan nama negara susulan persaraannya Selasa lepas (4 Januari) selain menyatakan kesediaan membantu ratu terjun itu dalam merencana perjalanan masa depannya selepas ini.

“Kita amat hargai sumbangan Jun Hoong dan harap beliau berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan di MSN dan juga Institut Sukan Negara selama ini,” tambahnya.

Sementara itu, Ahmad Shapawi menyarankan agar pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern untuk berbincang bersama Persatuan Skuasy Malaysia  (SRAM) apabila dilaporkan tidak berpuas hati selepas namanya ‘tercicir’ dalam program latihan MSN tahun ini.

Sementara itu, Pengarah SRAM Mejar (B) S Maniam berkata pintu masih terbuka untuk Wee Wern kembali ke program latihan sekiranya dia mempamerkan beberapa prestasi yang baik dalam kejohanan akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad