web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man City Lebarkan Jurang Di Puncak Kepada 8 Mata

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 8:59AM

Phil Foden - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester City mengalahkan Brentford 1-0 dan melebarkan kelebihan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris kepada lapan mata dengan pesaing Chelsea dibolosi pada minit terakhir perlawanan untuk seri dengan Brighton.

Jaringan babak pertama Phil Foden cukup untuk memberi pasukan kendalian Pep Guardiola itu kemenangan kesepuluh dalam liga berturut-turut.

Juara bertahan itu kini mempunyai 50 mata daripada 20 perlawanan, meletakkan mereka lapan mata di hadapan Chelsea yang berada di tangga kedua. Liverpool yang tumpas kepada Leicester, satu mata di belakang kelab London itu.

Brentford memberikan saingan di babak pembukaan permainan di London barat, tetapi City berada di hadapan pada minit ke-16 apabila Foden menyudahkan hantaran lintang Kevin De Bruyne.

Guardiola, yang memuji Foden, tidak mahu lalai walaupun mempunyai kelebihan mata besar di puncak liga.

“Masih ada 54 mata untuk dimenangi

“Tiada siapa menjadi juara pada bulan Disember. Kami akan kalah permainan.

“Kami akan bertembung dengan Arsenal, Chelsea dan Southampton ... Saya tidak boleh berkata lebih daripada mengucapkan tahniah kepada pasukan ini tetapi kami harus kembali fokus,” katanya kepada BBC.

Pasukan kendalian Thomas Tuchel, Chelsea, kelihatan sedang menuju kepada kemenangan selepas tandukan Romelu Lukaku memberi mereka kelebihan di babak pertama.

Tetapi pemain gantian Brighton Danny Welbeck menjaringkan gol dalam masa tambahan untuk mengikat pasukan London itu 1-1.

“Sangat mengecewakan, sebab kami memberikan segalanya dan kami mempunyai peluang yang cukup untuk menang perlawanan ini.

“Ini perlawanan yang sangat sengit, semua pemain dalam bilik persalinan amat kepenatan,” kata Tuchel kepada Amazon Prime. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad