web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Thailand Ke Final, Singkirkan Vietnam

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 8:20AM

Thailand mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan agregat 2-0 ke atas juara bertahan Vietnam pada perlawanan Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi. - Gambar dari Facebook AFF Suzuki Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara lima kali, Thailand mengesahkan tempat di perlawanan akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas mengikat juara bertahan Vietnam 0-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.

Namun, dengan bekalan kemenangan 2-0 diraih Thailand pada saingan separuh akhir pertama yang berlangsung Khamis lepas, sudah cukup melayakkan skuad Gajah Perang itu beraksi di final sejak menjuarai edisi 2016.

Pada aksi malam tadi, Vietnam yang dikendalikan Ketua Jurulatih Park Hang-seo memberikan amaran awal seawal minit keempat menerusi percubaan penyerang Nguyen Tien Linh yang tepat ke penjaga gol  Chatchai Budprom, dalam usaha mengurangkan defisit jaringan secepat mungkin.

Momentum Vietnam yang ghairah melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan terhenti kira-kira enam minit pada pertengahan babak pertama apabila Chatchai mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Siwarak Tedsungnoen pada minit ke-33.

Peluang terbaik skuad Naga Emas pada separuh masa pertama hadir menerusi percubaan pada minit ke-43, namun tandukan pemain tengah Nguyen Hoang Duc berpunca dari sepakan penjuru sedikit melewati tiang gol Thailand.

Hanya bertahan dan sesekali mengatur gerak, Thailand bagaimanapun hampir memecah kebuntuan gol pada hujung masa tambahan babak pertama, namun rembatan deras dari jarak dekat pemain pertahanan Theerathon Bunmathan yang membuat larian di sebelah kiri berjaya diselamatkan Tran Nguyen Manh.

Babak kedua menyaksikan tiada banyak perbezaan dengan Vietnam yang membuat beberapa pertukaran pemain terus buntu menembusi benteng pertahanan skuad bimbingan Alexandre Polking yang menampilkan disiplin bertahan cukup baik.

Namun, pada minit ke-66 penyerang Phan Van Duc berjaya mencuri ruang untuk melepaskan rembatan dari jarak dekat tetapi terkena pertahanan lawan dan beliau sekali lagi merembat bola yang melantun itu tetapi  Siwarak bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan kedua.

Kedudukan 0-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil dari Jordan, Ahmad Ibrahim sekali gus menyaksikan Thailand berjaya menebus kekecewaan gagal mara ke final pada edisi 2018 selepas tewas di tangan Malaysia.

Thailand akan membuat perhitungan menentang Indonesia yang turut mara selepas mengatasi Singapura dengan kemenangan agregat 5-3 semalam, pada dua aksi final masing-masing Rabu dan Ahad ini.

Thailand muncul juara sulung Piala AFF pada 1996 sebelum meraih empat lagi gelaran pada edisi 2000, 2002, 2014 dan 2016. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar