Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala AFF: Indonesia Ke Final, Tewaskan Singapura

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Dec 2021 8:15AM

Indonesia, mara ke final selepas menumpaskan Singapura dengan agregat 5-3 pada kejohanan Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi. - Gambar dari Facebook AFF Suzuki Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indonesia melangkah ke perlawanan akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Singapura, yang beraksi dengan lapan pemain pada aksi separuh akhir kedua penuh dramatik, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Garuda mara dengan keputusan agregat 5-3, sekali gus mencerahkan misi mereka untuk merangkul kejuaraan Piala AFF pertama, selepas gagal dalam lima percubaan di pentas final sebelum ini.

Pada aksi di Stadium Nasional Singapura yang berlanjutan hingga 120 minit masa permainan, Singapura mengharungi permainan itu dengan sembilan pemain selepas Safuwan Baharudin dan Irfan Fandi diperintah keluar padang masing-masing pada minit ke-45 dan ke-66.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Indonesia untuk mendapatkan dua gol pada masa tambahan menerusi jaringan sendiri Shawal Anuar pada minit ke-91, sebelum Egy Maulana meledak gol keempat pada minit ke-105 untuk mengesahkan kemenangan pasukan.

Terdahulu, aksi dramatik itu bermula seawal minit ke-11 selepas Ezra Walian meletakkan Indonesia di hadapan dan jaringan itu mengubah tempo permainan menjadi lebih pantas sebelum Singapura menerima padah apabila Safuwan menerima kad kuning keduanya pada penghujung babak pertama.

Keputusan pengadil Kassem Matar Al-Hatmi dari Oman itu tidak mematahkan semangat Singapura yang menyamakan kedudukan sejurus Safuwan melangkah keluar dari padang, menerusi pemain sayap Song Ui-yong berpunca dari sepakan percuma.

Babak kedua menyaksikan perlawanan bertambah panas dan Singapura semakin tertekan selepas Irfan dilayangkan kad merah kerana menyiku pemain lawan, namun selang lapan minit kemudian Singapura berjaya mendahului 2-1 menerusi sepakan percuma yang cukup menarik dari Shahdan Sulaiman pada minit ke-74.

Seakan kemenangan berpihak Singapura untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2012, pemain gantian Pratama Arhan muncul watak pemusnah apabila menyamakan kedudukan 2-2 buat Indonesia pada minit ke-88, sebelum beliau kemudian memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Namun, kesempatan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya Singapura selepas sepakan Faris Ramli berjaya diselamatkan penjaga gol Nadeo Argawinata pada minit ke-89, sekali gus menyaksikan keputusan terikat 2-2 dalam 90 minit permainan sebenar.

Pada 30 minit masa tambahan, jaringan sendiri Shawal dan gol Egy menafikan peluang Singapura ke final sebelum skuad bimbingan Tatsuma Yoshida dipaksa bermain dengan lapan pemain, selepas penjaga gol Hassan Sunny dilayakan kad merah kerana kekasaran di luar kotak penalti.

Menanti Indonesia di bawah kendalian Shin Tae-yong di pentas final adalah antara Thailand dan juara bertahan Vietnam yang akan beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua di venue sama, dengan kelebihan kepada Thailand selepas merakam kemenangan 2-0 pada aksi pertama, Khamis lalu. - Bernama

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Semasa 15 minit yang lalu

Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Warga Emas Dipenjara Sebulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan