web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF : Thailand Hampiri Final Selepas 2 Jaringan Ke Atas Vietnam

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 8:14AM

Pemain Thailand meraikan gol ketika perlawanan menentang Vietnam. - Gambar dari laman web AFF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kapten Thailand Chanathip Songkrasin mempamerkan aksi yang berwibawa dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2020 dengan menjaringkan dua gol untuk menewaskan juara bertahan Vietnam 2-0, di Stadium Nasional Singapura malam tadi.

Vietnam memperoleh gol sulung selepas Chanatip menggunakan sebaik-sebaiknya kesilapan Nguyen Phong Hong Duy yang gagal menahan bola dengan kemas dalam satu serangan balas pantas untuk melakukan gerakan solo dan beliau terjatuh ketika dihalang penjaga gawang Vietnam tetapi boleh melantun dan bergolek masuk ke dalam gol lawan pada minit ke-13.

Chanatip kemudian dengan tenang menjaringkan gol keduanya menerusi sepakan leret yang menerjah sudut kiri gawang Vietnam selepas mendapat hantaran cantik hasil gerakan  pemain tengah Sarach Yooyen dengan penyerang Teerasil Dangda, 10 minit kemudian.

Nguyen Quang Hai hampir mengurangkan jurang gol untuk Vietnam yang dikenali sebagai “Naga Emas” pada minit ke-33 tetapi tendangan lencong menerusi sepakan percuma yang diambilnya terkena tiang kanan gawang Thailand.

Chanatip yang kini beraksi untuk kelab Jepun Hokkaido Consadole Sapporo hampir melakukan hatrik pada babak kedua tetapi sepakan kaki kanannya dari luar kotak penalti melambung tinggi pada minit ke-57.

Vietnam yang kelihatan tertekan di separuh masa kedua, hampir mendapatkan gol sulung mereka tetapi rembatan Quang Hai terkena palang gol pada minit ke-67.

Chanatip sekali lagi gagal menyempurnakan hatriknya selepas sepakan penalti beliau diselamatkan Tran Nguyen Manh pada minit ke-85 dan kedudukan jaringan kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil Saoud Al-Abda.

Semalam, tuan rumah Singapura seri 1-1 dengan Indonesia dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di stadium sama.

Perlawanan separuh akhir kedua antara Indonesia dan Singapura akan berlangsung Sabtu ini sementara  antara Thailand dengan Vietnam, pada esoknya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 25 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad