web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Malaysia Hilang 2 Tonggak Pertahanan Berdepan Indonesia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 5:50PM

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan Indonesia, pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala AFF 2020, Ahad ini. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima tamparan apabila kehilangan khidmat ketua pasukan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad bagi aksi menentang Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.

Perkembangan itu dimaklumkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sambil mengharapkan pemain berdarah kacukan Dion Cools yang dijangka menyertai pasukan di Singapura, Khamis ini serta Dominic Tan, yang menjadi pilihan mengisi dua kekosongan di bahagian pertahanan dapat menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Memang kita rasa kehilangan Aidil dan Shahrul memberi kesan yang besar kepada pasukan kerana mereka sudah jadi tonggak pertahanan skuad kebangsaan dalam beberapa aksi kebelakangan ini. Sudah tentu (kini) kita harapkan Dion (Cools) dan Dominic dapat hasilkan kombinasi yang baik.

“Kita harap Cools memang bagi ‘cool’ kepada pasukan, dengan pengalaman beliau kita nampak boleh bantu pasukan di setiap sudut tapi dalam keadaan kita kehilangan ramai pemain, saya harap sesiapa diturunkan bersedia dengan apa situasi sekalipun,” katanya pada sidang media skuad kebangsaan secara maya di Singapura, hari ini.

Malaysia dijadual menentang Indonesia dalam perlawanan dianggap sebagai ‘hidup mati’ dalam misi kedua-dua pasukan layak ke peringkat separuh akhir di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.

Cheng Hoe pada masa sama tidak bimbang menghadapi cabaran skuad Garuda yang kini menerajui saingan kumpulan tanpa Mohamad Aidil dan Shahrul yang dijangka memerlukan tempoh seminggu paling lama untuk kembali pulih.

“Dalam bola sepak kita percaya pemain yang kita bawa dan kita harus beri keyakinan kepada mereka, kalau kita selalu menunjukkan kebimbangan di luar dan dalam padang sudah tentu ia akan terbawa-bawa dalam perlawanan,” kata pengendali berusia 53 tahun itu.

Namun, beliau berharap dapat menurunkan pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim yang kembali menyertai pasukan selepas bebas daripada jangkitan COVID-19 bagi aksi menentang Indonesia jika kecergasan pemain Terengganu FC itu berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, mengulas mengenai pasukan Indonesia, Cheng Hoe mengakui skuad Garuda itu telah melalui perubahan taktikal permainan yang positif di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan Shin Tae-yong selain memiliki beberapa pemain muda berpotensi.

“Tae-yong telah bawa generasi baharu untuk skuad mereka, pemain lebih muda dan bertenaga, kita dapat lihat kelajuan setiap pemain dan kita berharap tidak terperangkap dalam gerakan mereka. Dari segi persiapan juga mereka melalui fasa persediaan terbaik.

“Kalau kita lihat dalam dua perlawanan awal mereka nampak begitu bertenaga serta semangat dan mereka boleh mencipta banyak peluang menjaringkan gol, jadi kita kena berwaspada terhadap serangan-serangan mereka,” kata Cheng Hoe.

Selepas tiga aksi, skuad kebangsaan kini di kedudukan ketiga, berkongsi enam mata bersama Indonesia dan Vietnam yang masing-masing bermain kurang satu perlawanan, manakala Kemboja dan Laos di tempat tercorot tanpa sebarang mata. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar