web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Terlalu Hormat Kepada Lawan Bawa Padah - Cheng Hoe

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 7:43AM

Malaysia gagal menguasai perlawanan dan terpaksa akur dengan kekalahan. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  “Kami terlalu hormat kepada Vietnam!”

Itulah penilaian Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berikutan kekalahan 3-0 pasukan negara kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Kejohanan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura malam tadi. 

Beliau mengakui mereka kalah kepada pasukan yang lebih baik dan menggambarkan aksi menentang juara bertahan itu sebagai satu pertempuran yang amat sukar biarpun anak-anak buahnya telah mencuba yang terbaik untuk mencabar Vietnam di dalam gelanggang.

“Saya rasa kami kalah disebabkan kesilapan taktik tetapi saya nampak kami bermain dengan terlalu berhati-hati dan bertahan sahaja dalam babak pertama.

Pasukan saya tidak dapat menguasai dan mengawal bola sebagaimana biasa dilakukan dalam perlawanan kali ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Oleh itu, jurulatih berusia 53 tahun itu berkata anak-anak buahnya perlu belajar daripada perlawanan menentang “Naga Emas” berapi dan menggesa mereka untuk melangkah ke hadapan dengan mempersiapkan diri untuk pertarungan penting dengan musuh ketat, Indonesia, Ahad depan untuk menentukan kelayakan ke separuh akhir.

Beliau juga berharap para pemain akan menggunakan waktu seminggu untuk berehat dan menjalani proses pemulihan menjelang aksi terakhir Kumpulan B minggu depan.

Cheng Hoe percaya keputusan akan menjadi sebaliknya seandainya beliau mempunyai skuad yang lengkap kali ini.

“COVID-19 dan kecederaan beberapa pemain kami telah menjejaskan semangat pasukan tetapi saya tetap memuji kerja keras mereka selama ini yang membuahkan hasil,” katanya.

Pada masa sama, beliau tidak mahu menyalahkan Luqman Hakim Shamsudin kerana terlepas satu peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-33 dan berharap kesilapan itu tidak akan mematahkan semangat pemain KV Kortrijk yang berpangkalan di Belgium di masa hadapan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo merasa gembira melihat pasukannya keluar dari gelanggang dengan tiga mata dan memuji anak buahnya kerana mempamerkan aksi yang hebat untuk memenangi aksi kedua mereka dalam Kumpulan B.

“Ia selalunya sukar untuk bermain menentang Malaysia tetapi akhirnya saya merasa gembira untuk mendapat kemenangan hari ini,” katanya.

Malaysia dihukum kerana gagal menyesuaikan diri dengan permainan intensiti tinggi apabila Vietnam membolosi gawang pasukan negara dua kali dalam jarak empat minit pada babak pertama sebelum memperoleh gol ketiga dalam minit-minit terakhir sebelum wisel penamat ditiup. 

Gol-gol Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Quang Hai pada minit ke-32 diikuti Nguyen Cong Phuong (minit ke-36) dan Nguyen Hoang Doc (minit ke-89).

Keputusan ini juga memadamkan rekod tanpa kalah Harimau Malaya di dalam Kumpulan B yang sebelum ini menewaskan Kemboja dan Laos dalam dua perlawanan pertama.

Kekalahan di tangan juara bertahan itu mengakibatkan Malaysia turun ke tangga ketiga di dalam Kumpulan B di belakang pendahulu Indonesia dan Vietnam serta menjejaskan peluangnya untuk layak ke separuh akhir.

Ini juga merupakan kekalahan keenam Malaysia dalam tujuh perlawanan dengan Vietnam sebelum ini dan kelima di bawah kendalian Cheng Hoe sejak mengambil alih pasukan kebangsaan pada 2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar