web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Thailand Menang Besar Ke Atas Myanmar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 7:27AM

Teerasil meraikan jaringannya yang membawa Thailand kepada kemenangan besar menentang Myanmar. - Gambar dari AFF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Thailand meneruskan aksi meyakinkan dalam Piala AFF 2020 hari ini dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Myanmar dalam perlawanan Kumpulan A, yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, semalam.

Thailand yang menguasai keseluruhan permainan, mendapat jaringan awal selepas penyerangnya, Teerasil  Dangda merembat masuk bola dari luar kotak penalti hasil hantaran cantik Narubadin Weerawatnodom dari sebelah kanan padang pada minit ke-23.

 Chanathip Songkrasin, kapten dan pemain penyerang tengah Thailand berpeluang menambah jaringan tetapi tendangan cedoknya mudah diselamatkan penjaga gawang Myanmar Myo Min Latt pada minit ke-36.

Pada babak kedua, skuad Gajah Perang mendapat gol kedua pada minit ke-53 selepas Teerasil menyempurnakan sepakan penalti setelah rakan sepasukan Manuel Bhir dijatuhkan pemain pertahanan Myanmar Hein Phyo Win.

Dua minit kemudian, Myanmar berpeluang untuk merapatkan jurang gol tetapi tendangan kaki kanan Lwin Moe Aung dari luar kotak penalti diselamatkan Chatchai Budprom.

Worachit Kanitsribumphen yang menggantikan Thanawat Suengchitthawon, memberikan impak selepas dua minit dimasukkan apabila rembatan kaki kanannya menerjah jaring untuk melebarkan jurang gol kepada 3-0 dalam minit ke-78.

Myanmar hampir-hampir mendapat gol sagu hati tetapi percubaan Win Naing Tun terkena palang gol pada minit ke-89 sebelum Supachok Sarachart menjaringkan gol keempat Thailand pada minit kecederaan bagi memastikan malam yang indah buat pasukannya yang kini menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan mengutip enam mata selepas dua perlawanan.

Sementara itu, Filipina memperoleh kemenangan sulungnya selepas membenam Timor-Leste 7-0 dalam satu lagi perlawanan terdahulu Kumpulan A di gelanggang yang sama.

Skuad The Azkal memulakan pesta golnya menerusi  Martin Steuble pada minit ke-21 diikuti gol-gol daripada Amin Nazari (minit ke-31), Angel Guirado (minit ke-35), Patrick Reichelt (minit ke-40), Jesper Nylohm (minit ke-45), Bienvenido Maranon (minit ke-46) dan Kevin Ingreso (minit ke-78).

Tuan rumah Singapura yang tidak bermain hari ini berada di tangga kedua dengan enam mata diikuti Filipina di tempat ketiga (tiga mata), Myanmar (tiga mata) dan Timor-Leste masih di tangga terbawah tanpa sebarang mata.

Dalam perlawanan Kumpulan B hari ini, Laos akan berdepan Indonesia pada pukul 5.30 petang sementara pada pukul 8.30 malam Malaysia bertemu juara bertahan Vietnam yang menewaskannya dalam final 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad