web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Singapura Tewaskan Filipina, Dahului Kumpulan A

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 7:52AM

Singapura berjaya menewaskan Filipina bagi kumpulan A, Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi. - Gambar dari Facebook AFF Suzuki Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara empat kali Singapura mendahului carta Kumpulan A Piala AFF 2020 selepas mengalahkan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, pasukan Lions itu berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk mendahului 2-0 pada separuh masa kedua.

Tandukan ketua pasukan Harris Harun pada minit ke-61 meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan, manakala penyerang Muhammad Faris Ramli, menjadikannya 2-0 dua minit kemudian.

Bagaimanapun pasukan Azkal berjaya merapatkan jurang menerusi tandukan Amin Nazari pada minit ke-69, namun keadaan itu kekal sehingga tamat permainan.

Terdahulu Myanmar mengalahkan Timor Leste 2-0 bagi memastikan peluang untuk layak ke separuh akhir masih terbuka untuk pasukan itu, selepas tewas 0-3 kepada Singapura pada Ahad.

Gol-gol Myanmar dijaringkan menerusi tandukan Than Paing pada minit ke-14, sebelum ketua pasukan Maung Maung Lwin menambah jaringan pada minit ke-50.

Singapura kini mendahului Kumpulan A dengan enam mata, diikuti Thailand (3 mata), Myanmar (3 mata) manakala Filipina dan Timor Leste masih belum mengutip sebarang mata.

Perlawanan Kumpulan A seterusnya pada Sabtu, dengan Timor Leste bertemu Filipina, manakala Thailand akan berhadapan Myanmar.

Aksi Kumpulan B yang akan berlangsung esok pula menyaksikan Malaysia bertemu Laos pada jam 5.30 petang, manakala Indonesia akan memulakan kempen mereka dengan berhadapan Kemboja pada jam 8.30 malam. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar