web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berakhirnya Era Pasangan Peng Soon-Liu Ying Dalam Badminton

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 10:18AM

Peng Soon (kiri) bersama Liu Ying bergambar bersama pingat perak Olimpik Rio 2016. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas 13 tahun digandingkan bersama, pasangan beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang juga pemenang pingat perak Rio 2016, akhirnya mengumumkan perpisahan mereka.

Peng Soon menerusi kiriman Instagram malam tadi dengan tulus ikhlas mengakui agar sukar bagi mereka membuat keputusan untuk berpisah buat selama-lamanya.

“Jerih perih kami bersama-sama, kami gagal, kami berjaya dan kami membesar bersama-sama. Terima kasih semua yang sentiasa menyokong saya dan Liu Ying serta kekal bersama-sama kami sepanjang 13 tahun dalam kerjaya badminton kami ini,” katanya.

Semalam, Liu Ying dalam catatan Facebook berkata bahawa mereka telah menarik diri daripada Kejohanan Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) 2021, hanya enam hari sebelum pertandingan bermula di Huelva, Sepanyol.

Ternyata amat terkesan dengan keputusan penarikan diri mereka daripada pertandingan itu, Liu Ying yang berusia 32 tahun berkata faktor usia, kecergasan dan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia adalah penyebab utama mereka berundur diri.

Penarikan diri pasangan profesional itu bermakna, Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF 2021 di Bali baru-baru ini adalah kejohanan terakhir mereka beraksi sebelum mengumumkan perpisahan dalam sukan badminton.

Pasangan No 9 dunia itu tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 21-8, 21-18 pada perlawanan separuh akhir.

Susulan keputusan mereka itu, Peng Soon, 33, menerima mesej dan kata-kata semangat daripada pemain badminton lain termasuk rakan dan bekas lawannya.

Pemain badminton Indonesia, Liliyana Natsir yang menewaskan Peng Soon-Liu Ying, 21-14, 21-12, pada final Rio 2016 bersama-sama pasangannya Tontowi Ahmad menyifatkan pemain Malaysia itu sebagai lawan yang mempunyai semangat kesukanan tinggi, hebat dan mesra.

“Anda dan Liu Ying adalah sebahagian daripada sejarah pencapaian tertinggi saya di Sukan Olimpik Rio 2016. Semoga anda berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Tokyo 2020, Aaron Chia pula mengucapkan kepada kedua-dua pemain itu, selamat maju jaya dalam kerjaya yang diceburi pada masa depan, manakala akaun rasmi BWF meninggalkan emoji sedih di ruangan komen.

Selain pingat perak bersejarah di Rio 2016 itu, Peng Soon-Liu Ying berjaya merangkul pingat emas dalam acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel 2010 di India.

Pasangan itu juga berjaya memenangi 12 kejohanan dan berada dalam ranking ketiga terbaik dunia, pencapaian tertinggi mereka pada 2013. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad