web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Muay Thai Dunia, Malaysia Tak Letak Sasaran Pingat

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 8:21AM

Tiga anak muda Johor, Nurul Syafiqah Amirah Rosli, 18, (kiri) Tee Jac Yoe, 25, (belakang) dan Damia Husna, 16, (kanan) ketika berlatih bersama rakan sepelatih (sparing) bagi persiapan kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di Bangkok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Skuad Muay Thai Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 yang diadakan di Bangkok bermula semalam.

Pengurus skuad Muay Thai negara, Saifulnizam Mohd Shahar berkata Malaysia menghantar atlet berusia antara 10 hingga 30 tahun yang bakal beraksi dalam pelbagai kategori - Senior, Bawah 23 dan Remaja.

“Ini merupakan kejohanan Muay Thai antarabangsa yang pertama (bagi pasukan Malaysia) sejak pandemik COVID-19.

“Selepas dua tahun tiada pertandingan dan latihan yang sewajarnya, Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat spesifik pada kejohanan kali ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Saifulnizam mengakui ia adalah satu cabaran buat atlet Muay Thai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak boleh menjalani latihan seperti biasa.

“Mereka yang bukan di bawah Program Podium, Majlis Sukan Negara, terpaksa menjalani latihan di rumah tanpa jurulatih atau latihan khas. Mereka hanya mengikut kemampuan dan disiplin diri,” katanya.

Antara atlet Muay Thai Malaysia yang berentap pada kejohanan kali ini ialah Mohammad Rifdean Masdor yang memenangi pingat perak pada Kejohanan Muay Thai Dunia dalam kategori 48 kilogram pada 2019 dan pemenang pingat emas Kejohanan Muay Thai Dunia 2016, Nur Amisha Azrilrizal. 

Kejohanan Muay Thai Dunia yang berlangsung hingga 11 Disember menyaksikan lebih 1,000 atlet dari 91 negara berentap dalam pelbagai kategori di Stadium Nasional. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohammad Rifdean Idam Kontrak One Championship, Tali Pinggang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Syabas Johan, Raih TKO Dalam Masa 36 Saat

3

TARA 2 tahun yang lalu

Ketangkasan Sukan Tempur Muay Thai Menaikkan Minat Generasi Muda

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem 'Siku 12 : Langkah Derhaka' Papar Rahsia Seni Mempertahankan Diri Dari Utara

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad