web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menang Piala Malaysia, Shahidan Isytihar Cuti Tambahan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 8:42PM

Shahidan Kassim - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jumaat diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), sempena kemenangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam TM Piala Malaysia 2021 edisi ke-100 semalam.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kemenangan KL City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan pencapaian terbaik pasukan tersebut, yang turut menamatkan penantian selama 32 tahun.

“Susulan kemenangan itu, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat ini (3 Disember 2021) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi tiga wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya Steps, Presint 1 di sini hari ini.

KL City FC yang tampil dengan imej 'underdog' menang bergaya selepas menewaskan JDT 2-0 dalam perlawanan sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - Getaran, 1 Disember 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad