web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


13 Kes COVID-19 Di Belenenses Mungkin Dari Varian Omicron - Institut Kesihatan Portugal

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 7:56PM

Belenenses hanya mampu menurunkan sembilan pemain untuk menentang Benfica. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LISBON - Jumlah 13 kes COVID-19 yang dilaporkan di kelab Portugis Belenenses tampak dari varian Omicron, kata Institut Kesihatan Nasional Portugal (INSA).

Perlawanan liga Belenenses menentang Benfica pada hujung minggu lalu terpaksa dibatalkan selepas kesemua keputusan positif menyebabkan pasukan itu tinggal hanya enam pemain.

Jika disahkan ini adalah kali pertama varian baharu coronavirus itu dikesan di Portugal.

“Ujian awal yang dilakukan oleh INSA memberi petunjuk yang kesemua 13 kes yang dikaitkan dengan pemain Belenenses dikaitkan dengan varian membimbangkan Omicron,” kata institut itu dalam satu kenyataan.

INSA menambah yang salah seorang daripada pemain Belenenses baru-baru ini berada di Afrika Selatan di mana varian itu dikenalpasti buat kali pertama.

Beberapa negara dari Eropah dan Asia telah menggantung perjalanan daripada Afrika Selatan dan negara jirannya sejak ahli sains negara itu mengenal pasti Omicron pada 25 November.

Pertubuhan Kesihatan Dunia telah melabelkan Omicron sebagai varian yang membimbangkan, berkata yang ia menimbulkan risiko yang “sangat tinggi” secara global, sementara ahli sains masih cuba untuk mengenal pasti tahap bahayanya.

Pegawai liga Portugal bermesyuarat pada Ahad untuk membincangkan perlawanan di antara Belenenses dan Benfica, di mana ia terpaksa dihentikan pada babak kedua selepas Belenenses bermula dengan hanya sembilan pemain, termasuk dua penjaga gol, kerana penyebaran COVID-19 di kelab tersebut.

Belenenses bermain dengan salah seorang daripada penjaga golnya, Joao Monteiro, sebagai pemain luar dan tidak menyenaraikan pemain simpanan di Estadio Nacional.

Benfica dengan mudah menjaringkan tujuh gol tanpa balas sebelum tamat babak pertama pada Sabtu.

Perlawanan Primeira Liga itu dibatalkan oleh pengadil Manuel Mota tiga minit selepas babak kedua bermula.

Ini kerana jumlah pemain Belenenses di atas padang tinggal hanya enam orang sahaja.

Pasukan itu memulakan babak kedua dengan hanya tujuh pemain sebelum Monteiro mengalami kecederaan. - AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar