web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


United Ikat Pendahulu Liga Chelsea, City Naik Ke Tangga Kedua

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:28AM

Sancho penjaring sulung United menentang Chelsea. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pendahulu Liga Chelsea diikat 1-1 sama di laman sendiri oleh Manchester United, manakala Manchester City pula merapatkan jurang kepada satu mata ke puncak liga selepas menumpaskan West Ham 2-1.  

Pemain tengah Chelsea Jorginho menyelamatkan satu mata buat kelab London itu selepas sepakan penaltinya menebus kesilapan yang membenarkan Jadon Sancho untuk memberi kelebihan kepada pasukan pelawat di Stamford Bridge.

Ini satu keputusan yang mengagumkan buat United yang dibimbing oleh bekas pemain tengah mereka Michael Carrick, yang mengambil alih sebagai pengendali seketika selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

United tampak seperti akan mengaji bekas pengurus RB Leipzig Ralf Rangnick sebagai pengurus interim sehingga tamat musim.

Walau bagaimanapun Carrick, yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan, tidak gembira dengan persembahan anak buahnya.

“Sebenarnya saya kecewa,” katanya kepada Sky Sports.

“Bila kita mendahului dalam perlawanan seperti ini dan hanya mampu menamatkan permainan dengan keputusan seri, ia sangat mengecewakan.

Tambahnya: “Pada pendapat saya penalti itu tidak sepatutnya diberikan... saya tidak mahu keterlaluan tetapi pada fikiran saya para pemain bertahan dengan baik. Saya tidak boleh salahkan mereka sedikit pun.”

City memastikan mereka masih dalam persaingan untuk mahkota liga selepas menumpaskan West Ham di laman sendiri.

City mendahului perlawanan pada minit ke-30 dengan gol jaringan Ilkay Gundogan, sebelum Fernandinho menjaringkan gol kedua pasukan itu di lewat perlawanan.

Manuel Lanzini menjaringkan gol sagu hati buat The Hammers.

“Jumlah peluang yang kami cipta... mungkin boleh menyebabkan kami menjaringkan tiga atau empat lagi gol.

“Para pemain kami beraksi dengan baik sekali.

“Kami tidak boleh alpa dengan kualiti lawan kami pada hari ini,” kata pengurus City Pep Guardiola. - AFP

Keputusan lain:

Leicester City 4 Watford 2

Brentford 1 Everton 0

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Piala Dunia: Perancis Mara Ke Separuh Akhir Tewaskan England 2-1

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar