web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Terlalu Pedas Buat Skuad Chile, Belgium Benam Afrika Selatan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 7:51AM

Pemain Malaysia meraikan jaringan menentang Chile. - Gambar dari Twitter FIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia melakar kemenangan sulung 2-1 ke atas Chile pada  perlawanan pembukaan Kumpulan A dalam saingan Piala Dunia Remaja Lelaki FIH 2021 yang berlangsung di Bhubaneswar, India, semalam.

Biarpun Malaysia menguasai permainan dalam separuh masa pertama, Chile melakukan kejutan awal melalui pukulan sudut penalti bertenaga daripada Agustin Amoroso dalam minit keenam tetapi berjaya diselamatkan penjaga gawang negara Che Shahrul Azmi Che Saupi.

Anak buah Wallace Tan memperoleh peluang terbaik untuk membuka jaringan dalam minit ke-26 tetapi penjaga gol Chile Pedro Hernandez menafikan percubaan Muhammad Arif Shafie Ishak.

Selepas waktu rehat, Malaysia melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan dan akhirnya berjaya memecah kebuntuan selepas Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin menyempurnakan satu pukulan sudut penalti untuk mendahului 1-0 pada minit ke-34.

Sembilan minit kemudian, Syarman Mat Tee menggandakan jaringan menerusi satu lagi pukulan sudut penalti yang dirancang dengan baik.

Chile yang menjuarai Kejohanan Remaja Lelaki Seantero Amerika 2021 terlalu lambat bangkit dan mendapat gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti Sebastien Wolansky seminit sebelum permainan tamat.

Terdahulu, naib juara 2016 Belgium membenam Afrika Selatan 5-1 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.

Berdasarkan persembahan hari ini, Malaysia sudah pasti akan diuji esok apabila berhadapan Belgium sebelum mengakhiri perlawanan peringkat kumpulan bertemu Afrika Selatan sehari kemudian.

Belgium yang mengumpul tiga mata berada di tangga teratas kumpulan kerana perbezaan jaringan dengan Malaysia yang juga mengutip tiga mata berada di tempat kedua diikuti Chile dan Afrika Selatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad