web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Manchester United Akan Pecat Solskjaer Selepas Dimalukan Watford

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 9:02AM

Solskjaer diboo oleh peminat sendiri selepas tamat perlawanan menentang Watford. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANCHESTER - Ole Gunnar Solskjaer dikatakan akan dipecat oleh Manchester United, mengikut laporan media selepas dimalukan 4-1 oleh Watford. 

Solskjaer mengaku beliau ‘malu’ selepas kekalahan kelima pasukannya dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris. 

The Times, The Guardian dan Manchester Evening News melaporkan yang satu mesyuarat lembaga tergempar diadakan selepas kekalahan kepada Watford untuk membincangkan pemecatan Solskjaer. 

Solskjaer telah menandatangani kontrak baharu pada Julai dan dilaporkan akan menerima pakej pampasan berjumlah £7.5 juta jika dipecat. 

Kelab itu telah memberi sokongan kepada Solskjaer ketika rehat perlawanan antarabangsa walaupun tumpas di laman sendiri kepada Liverpool dan Manchester City. 

United berbelanja besar musim ini membawa masuk Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan Raphael Varane tetapi pelaburan itu gagal membawa pulangan baik setakat ini di bawah kendalian Solskjaer. 

Status Solskjaer sebagai legenda kelab itu menyaksikan dirinya mendapat sokongan padu daripada penyokong.

Tetapi mereka juga tampak seperti sudah hilang sabar selepas mengejek pengurus dari Norway ketika mengangkat tangannya meminta maaf selepas perlawanan menentang Watford tamat. 

United kini berada di tangga ketujuh liga ketinggalan 12 mata di belakang peneraju Chelsea dan sudah tersingkir daripada Piala Liga. 

Bekas pengurus Real Madrid Zinedine Zidane, pengendali Leicester Brendan Rodgers dan pelatih Ajax Erik ten Hag dikatakan sebagai pilihan utama untuk menggantikan Solskjaer di Old Trafford. - AFP

Keputusan lain:

Leicester 0 Chelsea 3

Newcastle 3 Brentford 3

Burnley 3 Crystal Palace 3

Aston Villa 2 Brighton 0

Wolves 1 West Ham 0

Norwich 2 Southampton 1

Liverpool 4 Arsenal 0

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar