web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serbu Masuk Stadium, 5 Penyokong KL City FC Ditahan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 9:46PM

Polis menahan penyokong KL City FC yang merempuh masuk ke padang ketika meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC pada suku akhir kedua, Piala Malaysia 2021 di Stadium Kuala Lumpur malam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima penyokong KL City FC ditahan semalam kerana menyerbu masuk ke padang selepas tamat perlawanan menentang Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata kesemua suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun, telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Beliau berkata ujian air kencing terhadap semua suspek adalah negatif dan mereka dibebaskan selepas diambil keterangan dan kes diserahkan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada keterujaan penyokong KL City FC, kerana pasukan itu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir setelah 30 tahun.

“Dalam kejadian pada 11.10 malam itu, sekumpulan penyokong di kawasan penonton KL City FC memanjat pagar setinggi tiga meter, dan melompat masuk ke dalam kawasan padang dan menyerbu ke arah pemain KL City FC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Idzham berkata anggota polis yang bertugas kemudian berjaya menyuraikan keadaan.

Pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia itu, KL City FC menewaskan Selangor FC 1-0 sekali gus layak ke separuh akhir dengan agregat 3-0. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar