web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamilton Bangkit Dari Petak Ke-10 Untuk Menjuarai GP Brazil

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 8:24AM

Hamilton menjulang trofi juara GP Brazil di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAO PAULO - Lewis Hamilton menjuarai GP Brazil awal pagi tadi dalam salah satu dari persembahan terhebatnya daripada posisi ke-10 di atas grid.

Peneraju kejuaraan dunia Formula Satu Max Verstappen menamatkan perlumbaan di tangga kedua.

Keputusan ini memberi rangsangan terbaik buat pemandu Mercedes itu dalam mengejar kejuaraan dunia kelapannya.

Hamilton terpaksa mengatasi banyak kekangan dalam mengecapi kemenangan pertamanya sejak Russia yang meletakkannya 14 mata di belakang Verstappen dengan tinggal tiga perlumbaan lagi musim ini.

Rakan sepasukan juara dunia tujuh kali itu Valtteri Bottas, yang bermula di petak utama, melintasi garisan penamat di tangga ketiga.

Dengan enjin baharu, Hamilton menonjolkan persembahan yang tidak dapat ditandingi untuk mengatasi denda yang dikenakan selepas keretanya didapati melanggar peraturan teknikal pada Jumaat dan mencatatkan kemenangan ke-101nya.

Denda itu menyebabkan dirinya diarahkan untuk memulakan acara pecut dari belakang grid, selepas mencatat masa terpantas di sesi kelayakan.

Sebelum itu mereka telah dikenakan denda lima posisi grid permulaan kerana menukar enjin.

Dalam acara pecut Hamilton menamatkan perlumbaan di posisi kelima dan bermula perlumbaan utama di petak ke-10, sebelum menjuarai GP Brazil.

“Pasukan ini telah beraksi dengan baik, Valtteri juga memberikan persembahan yang baik.

“Mengambil kira semua denda yang dikenakan ini adalah hujung minggu perlumbaan yang paling sukar saya pernah lalui.

“Saya tidak dapat sangkakan yang kami dapat menutup jurang dengan pelumba lain seperti hari ini.

“Saya tidak mengalah dan tidak berhenti berusaha. Kemenangan ini berasa seperti yang pertama kerana sudah lama saya tidak menang,” kata Hamilton. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduhhh Jahanam Kereta Gua Brooo

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar