web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 Zii Jia Dicalonkan Sebagai Pemain Paling Meningkat 2020/2021 BWF

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 7:55AM

Pemain badminton negara termasuk Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut disenaraikan dalam kategori Pemain Paling Meningkat Bagi Tahun 2020/2021 oleh BWF.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara All England 2021, Lee Zii Jia dicalonkan dalam kategori Pemain Paling Meningkat Bagi Tahun 2020/2021 dalam Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun ini.

Bagaimanapun, Zii Jia akan dicabar oleh rakan sepasukan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut disenaraikan dalam kategori itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan BWF semalam.

Turut tersenarai pemenang pingat emas beregu lelaki Olimpik Tokyo, Wang Chi-Lin-Lee Yang dari China Taipei dan pemain perseorangan wanita nombor 10 dunia, Pornpawee Chochuwong dari Thailand.

Sementara itu, juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Paralimpik Tokyo Cheah Liek Hou merupakan pesaing di dalam kategori Pemain Lelaki Badminton Para Terbaik Tahunan.

Pramod Bhagat dari India, Daiki Kajiwara (Jepun), Kim Jongjun (Korea Selatan), Lucas Mazur (Perancis) dan Qu Zimo (China) juga disenarai pendek dalam kategori sama dengan Liek Hou.

Dalam pada itu dua pemain Denmark, Juara Olimpik Tokyo Viktor Axelsen dan Anders Antonsen akan bersaing dalam kategori Pemain Lelaki Terbaik Tahunan dengan dua lagi pemain, Wang Yi Lyu dari China dan Yuta Watanabe dari Jepun.

Calon-calon bagi kategori Pemain Wanita Terbaik Tahunan adalah wakil China Chen Yu Fei diikuti Carolina Marin dari Sepanyol, Tai Tzu Ying (China Taipei) dan Akane Yamaguchi (Jepun).

Bagi kategori Beregu Terbaik Tahunan, lima pasangan berpeluang memenangi kategori itu termasuk Kim Soyeong-Kong Heeyong dari Korea Selatan, Greysia Polio-Apriyani Rahayu (Indonesia), Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (China), Wang Chi-Lin-Lee Yang (China Taipei) dan wakil Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada Jelajah Dunia BWF Indonesia di Bali yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Disember ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad