Berita Terkini

53 minit yang lalu: 6 lagi pelajar Maktab Mahmud Sik positif COVID-19 54 minit yang lalu: 98.2 peratus kes baharu COVID-19 kategori 1 dan 2 55 minit yang lalu: Malaysia sumbang vaksin Astrazeneca kepada Bangladesh, Laos - Khairy 57 minit yang lalu: Polis Klang Selatan lakukan 9 serbuan babitkan judi haram sejak 1 Disember hingga hari ini, rampas RM65,000 serta tahan 25 individu 58 minit yang lalu: Kes isu kerakyatan: Mahkamah rayuan tetapkan 22 Disember dengan rayuan kerajaan tangguh keputusan

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: KL City, Sarawak United Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 7:43AM

KL City FC menewaskan Penang FC pada perlawanan saingan kelima Kumpulan A, Piala Malaysia 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. - Gambar dari Facebook Penang Football Club

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur (KL) City FC dan Sarawak United FC menjadi pasukan terkini mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2021 selepas berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam saingan kelima Kumpulan A malam tadi.

Gol tunggal oleh penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021, Romel Oswaldo Morales, sudah cukup bagi membantu KL City FC merakam kemenangan ketiga selepas menumpaskan Penang FC 1-0, manakala jaringan minit akhir pemain gantian, Abdul Rahim Abdul Razak menjulang Sarawak United untuk menghampakan Sri Pahang FC dengan keputusan 2-1.

Aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, menyaksikan jaringan penalti Romel yang juga merupakan gol kelapan peribadi pemain Colombia dalam Piala Malaysia 2021 itu hadir pada minit ke-37, selepas bola terkena tangan kapten pelawat Mohamad Azmi Muslim berpunca daripada umpanan sebelah kiri padang oleh pemain pertahanan tuan rumah Daniel Sang Ting.

Penang yang tampil dengan lebih bertenaga pada babak kedua berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew sedikit tersasar di sebelah kiri gawang tuan rumah pada minit ke-58.

Selang tujuh minit kemudian, penyerang Muhammad Fakrul Aiman Sidid gagal menyempurnakan peluang terhidang untuk menggandakan jaringan KL City, apabila tandukannya melambung tinggi dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.

Dalam pada itu, Sarawak United bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan dramatik ke atas Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, seterusnya meleburkan impian pasukan pantai timur itu untuk mara ke suku akhir.

Tandukan penyerang Kenjok Wal Athiu meletakkan Sri Pahang  di depan pada minit ke-13 namun rembatan padu oleh penyerang import, Sandro Da Silva berjaya menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-31 sebelum Abdul Rahim muncul wira Sarawak United apabila mudah menolak masuk gol hantaran pemain import Uche Agba pada minit keempat masa kecederaan babak kedua.

KL City kini memimpin Kumpulan A dengan 11 mata diikuti Sarawak United di tangga kedua dengan 10 mata, Sri Pahang dengan enam mata dan Penang di kedudukan tercorot dengan satu mata.

Sementara itu, Terengganu FC meneruskan rentak cemerlang mereka apabila melakar kemenangan kelima berturut-turut selepas membenam Selangor FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi saingan Kumpulan B.

Tonggak serangan Terengganu Mohamad Faisal Abdul Halim membuka tirai jaringan pasukannya pada minit ke-14, diikuti dua gol oleh penyerang import, Jordan Mintah masing-masing pada minit ke-72 dan ke-90 manakala pemain gantian tuan rumah, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi memberikan gol sagu hati ‘The Red Giants’ pada minit ke-82.

Satu lagi aksi di Stadium Perak, Ipoh, menyaksikan Kuching City FC merakam kemenangan sulung saingan kali ini apabila menang tipis 1-0 ke atas tuan rumah Perak FC menerusi jaringan pemain tengah Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim pada minit ke-71. - Bernama

Sorotan

1

Suu Kyi Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Tahun

2

Menara 188 Disewakan Kepada Syarikat Swasta, Hospitality 360

3

Rangnick Bermula Dengan Langkah Kanan Bersama United

4

Penyiar Pembunuh Industri Kreatif Hiburan Dalam Senyap!

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Kematian Tahanan Dan Banduan Dalam Lokap, PDRM Tubuh USJKT

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 8 jam yang lalu

Menara 188 Disewakan Kepada Syarikat Swasta, Hospitality 360

Semasa 8 jam yang lalu

AMK Beri Ruang, Tidak Mahu Berdemo Serang Kerajaan

oleh Aiman Sadiq

Sukan 14 jam yang lalu

Hamilton Juara GP Arab Saudi, Kongsi Puncak Kejuaraan Dunia Bersama Verstappen