web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Jaringan Minit Akhir Nyalakan Peluang Sabah Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 7:52AM

Pemain PJ City Youwarasan Maniom (kiri) mengasak pemain JDT Safawi Rasid ketika perlawanan di antara kedua-dua pasukan malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan minit akhir oleh pemain gantian, Mohamad Sahrizan Saidin berjaya membantu Sabah FC untuk mencerahkan peluang ke suku akhir selepas mencatat kemenangan berharga 2-1 ke atas Kelantan FC dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia 2021 hari ini.

Kemenangan sulung diperoleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sudah semestinya menjadikan perebutan slot ke suku akhir semakin sengit apabila mereka kini berada di tangga ketiga kumpulan selepas terikat lima mata dengan Petaling Jaya (PJ) City FC, yang tumpas kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu lagi perlawanan malam tadi.

Aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu menyaksikan jaringan jarak jauh 40 meter yang cukup cantik oleh pemain pertahanan Kelantan Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan, gagal mengekang kemaraan Sabah yang bingkas memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan penalti pemain veteran Mohd Amri Yahyah selang seminit kemudian, untuk menjadikan kedudukan kekal 1-1 sehingga babak pertama tamat.

Bersambung babak kedua, Sabah terus meningkatkan tempo permainan dengan melancarkan serangan demi serangan ke kubu pertahanan pelawat sehinggalah pemain tengah Mohamad Sahrizan muncul wira apabila menyambar bola tandukan Mohd Amri di dalam kotak penalti untuk menolak masuk gol kemenangan ‘Sang Badak’ pada minit ke-90.

Sementara itu, JDT terus unggul dengan rekod bersih lima kemenangan berturut-turut dalam saingan musim ini apabila mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Petaling Jaya City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

PJ City yang bermula baik sejurus perlawanan bermula mengejutkan ‘Harimau Selatan’ apabila kecuaian tonggak pertahanan Adam Nor Azlin dimanfaatkan penyerang V Ruventhiran untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-11, namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Bergson Da Silva pada minit ke-14.

Juara Liga Super 2021 itu kemudian mendahului perlawanan apabila pertahanan import, Mauricio Dos Santos tenang menolak masuk bola muntah hasil tampanan kurang kemas penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi susulan sepakan percuma pemain sayap Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-25.

Tuan rumah sepatutnya berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit keempat masa kecederaan babak kedua, namun jaringan pemain gantian, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dibatalkan selepas didapati menampan bola menggunakan tangan dan kedudukan itu sudah cukup melegakan JDT, yang juga pendahulu kumpulan untuk membawa pulang tiga mata penuh ke Johor Bahru.

Tugas getir dijangka menanti PJ City apabila mereka dijadual bertandang ke Stadium Likas berdepan Sabah pada perlawanan terakhir untuk menentukan pasukan yang layak ke suku akhir, Selasa ini manakala JDT akan bertembung pasukan tercorot, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Dalam pada itu, Kelantan United FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tumpas 1-3 kepada Kedah Darul Aman FC dalam saingan Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Gol pertama Kedah tercipta pada minit ke-32 perlawanan menerusi sepakan deras pemain tengah Mohd Syazwan Zainon sebelum kapten Baddrol Bakhtiar menambah derita tuan rumah menerusi jaringan kedua pasukannya pada minit ke-35.

Pada separuh masa kedua, Kelantan United kemudian merapatkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-72 namun Kedah kembali melebarkan kedudukan apabila pemain gantian Mohamad Fayadh Mohd Zulkifli Amin menjaringkan gol ketiga naib juara Liga Super 2021 itu pada minit ke-85. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 19 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar