web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paralimpik Tokyo: Ziyad, Jurulatih Tidak Dapat Kemuka Bukti Tiba Pada Waktu Ditetapkan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 7:36PM

Ziyad diklasifikasikan sebagai DNS susulan bantahan oleh pasukan Ukrain. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa siasatan dalaman dilantik bagi merungkai isu melanda jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini merumuskan atlet itu dan jurulatihnya tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu ditetapkan di bilik panggilan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan hasil daripada sesi temu bual serta dokumen-dokumen diperoleh jawatankuasa itu mendapati tiada kelibat Muhammad Ziyad dan jurulatihnya Mohd Faizol Harun pada waktu ditetapkan walaupun mereka mendakwa tiba sebelum tamat waktu pendaftaran di Bilik Panggilan Satu, Stadium Olimpik Tokyo, akhir Ogos lepas.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga akan memastikan tindakan susulan yang wajar diambil oleh atlet, jurulatih dan juga pegawai khususnya bagi tujuan kesedaran, pengajaran, penambahbaikan dan rujukan agar perkara seperti ini tidak berulang.

“Meskipun sedemikian, lontaran yang dibuat oleh Muhammad Ziyad di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan dihargai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata walaupun terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh World Para Athletic (WPA) bagi isu Muhammad Ziyad, Persatuan Olahraga Para Malaysia dan Majlis Sukan Negara akan tetap mengemukakan pandangan Malaysia ekoran kekeliruan peraturan teknikal khususnya mengenai peraturan ‘did not start’ (DNS) atau tidak memulakan saingan dikenakan kepada pemenang pingat emas Rio 2016 itu.

Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia pada temasya sukan berprestij di Jepun itu.

Atlet berusia 31 tahun itu diklasifikasikan sebagai DNS susulan bantahan oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.

Berikutan itu atlet Ukraine Maksym Koval diumum pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Pada 3 September, KBS bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman yang diseliakan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan penglibatan anggota bebas diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dolah berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan Muhammad Ziyad di temasya itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Prasarana Tunai Impian Kanak-Kanak Hidap Leukemia Naik Tren 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Legenda Olahraga Negara, Hanapiah Nasir Meninggal Dunia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad