web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Melaka United Ikat KUFC 3-3

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 8:13AM

KUFC terikat dengan Melaka United FC 3-3 dalam saingan Kumpulan C, kempen Piala Malaysia, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi. - Gambar dari Facebook KUFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Hasrat Kelantan United FC (KUFC) meraih tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan C kempen Piala Malaysia tidak kesampaian selepas terikat 3-3 berdepan pendahulu kumpulan, Melaka United FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam tadi.

Gol pertama KUFC hadir pada minit ke-22 menerusi sepakan deras import dari Jepun Yuki Tanigawa dari luar kotak penalti, menewaskan penjaga gol Melaka United Khairul Fahmi Che Mat.

Melaka United yang turun dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan pertama kumpulan, tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan melalui pemain import Sonny Norde pada minit ke-25, yang bijak memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan lawan dalam kotak penalti.

KUFC menambah gol kedua pada minit ke-39 menerusi larian solo Gassama Alfusainey dari tengah padang, sebelum pemain dari Gambia itu mudah menolak masuk bola menewaskan Khairul Fahmi.

Susulan jaringan itu, pemain pertahanan KUFC menerapkan permainan bertahan bagi mengekang asakan bertali arus Melaka United sebagai usaha mempertahankan kedudukan 2-1 sehingga rehat.

Separuh masa kedua anak buah Zainal Abidin Hassan lebih menguasai perlawanan bagi memecah kubu pertahanan KUFC yang berdisiplin tinggi, sebelum berjaya ‘menebuk’ benteng pasukan tuan rumah untuk gol penyamaan pada minit ke-55 menerusi sepakan percuma S. Kumaahran.

Kedua-dua pasukan kemudian rancak melakukan gerakan serangan bagi memburu gol kemenangan dalam usaha mengutip tiga mata berharga, bagi dijadikan bekalan untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

KUFC menarik nafas lega apabila sekali lagi berjaya mendahului perlawanan yang menyaksikan Khairul Fahmi tewas buat kali ketiga, selepas pemain gantian KUFC Shafizi Iqmal Md Khairudin melepaskan sepakan deras dari jarak dekat pada minit ke-78.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila pemain import Melaka United dari Jerman Manuel Ott menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83, sekali gus menyelamatkan maruah pasukan dengan keputusan 3-3 kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Melaka United kekal menerajui saingan Kumpulan C mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan, manakala KUFC meraih mata pertama dalam saingan kumpulan itu di kedudukan tercorot. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar