web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melaka United Lancar Jersi Baharu Musim 2021

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 7:50AM

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri) menunjukkan jersi baharu pasukan Melaka United Football Club pada majlis pelancarannya, di Stadium Hang Jebat, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Melaka United Football Club (MUFC) hari ini melancarkan jersi baharu membabitkan aksi di laman sendiri dan tempat lawan bagi saingan musim 2021 menjelang sepak mula Liga Super 5 Mac ini.

Buat julung kalinya, majlis pelancaran itu diadakan secara dalam talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.

Bagi musim ini, pasukan Hang Tuah meneruskan kerjasama dengan pengeluar jenama sukan tempatan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd buat tahun kedua dengan mengekalkan warna tradisi skuad Sang Kancil iaitu hijau muda sebagai warna rasmi jersi tuan rumah.

Bagaimanapun, jersi MUFC bagi aksi di tempat lawan pada musim ini menampilkan kelainan dengan pemilihan warna kelabu manakala jersi ketiga akan dilancar sekitar April depan.

Pelancaran jersi itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika waktu rehat separuh masa pertama perlawanan pramusim MUFC menentang Kelantan FC di Stadium Hang Jebat di sini malam ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif Melaka United FC Sdn Bhd Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Sementara itu, Sulaiman yang juga Presiden MUSA, berkata beliau menaruh kepercayaan kepada skuad kendalian ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan, untuk melakar sesuatu yang membanggakan musim ini.

"Kita berharap pemain akan berusaha dengan gigih sehingga mampu mencapai kejayaan pada musim ini.

"Saya juga memohon semua pihak untuk mendoakan agar pandemik COVID-19 dapat dihapuskan segera bagi membolehkan penyokong dapat kembali ke stadium memberikan sokongan padu buat pasukan sekali gus mengembalikan kemeriahan bola sepak Malaysia seperti tahun-tahun yang lalu," katanya.

MUFC bakal bertemu Sabah di laman sendiri pada 6 Mac depan bagi perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Hang Tuah dalam saingan Liga Super. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad