web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin 'Digalakkan' Tetapi Tidak Wajib Bagi Atlet Di Olimpik Tokyo - Coates

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 1:57PM

John Coates - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Atlet digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menjelang penganjuran Sukan Olimpik Tokyo, namun ia tidak akan diwajibkan, kata Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates.

"Tidak wajib, kita tidak boleh melakukannya," kata Coates yang juga Ketua Suruhanjaya Penyelarasan Untuk Sukan Olimpik Tokyo di Brisbane.

Bagaimanapun, katanya, ia sangat digalakkan dan IOC mempunyai perjanjian dengan COVAX di mana ia membantu mempermudahkan pengedaran vaksin.

Coates juga berkata, kerajaan Jepun dijangka membuat keputusan mengenai jumlah penonton yang boleh menghadiri Sukan Olimpik pada bulan April ini.

Penganjur berharap untuk mempunyai penonton pada Olimpik meskipun terdapat spekulasi acara berkenaan mungkin dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

"Keputusan akhir akan ditentukan oleh kerajaan Jepun dan mereka akan memutuskan perkara-perkara ini," katanya.

Menurut Coates, penganjur juga perlu menjadikan perkampungan atlet dan venue sebagai tempat paling selamat di Tokyo.

Sementara itu, Presiden IOC, Thomas Bach, berkata, terserah kepada jawatankuasa Olimpik negara untuk berkoordinasi dengan kerajaan masing-masing berhubung akses kepada vaksin.

Bach yang juga Presiden Jawatankuasa Olimpik Australia menjangkakan atlet Australia akan mendapat vaksin selewat-lewatnya pada bulan Jun.

Program pemvaksinan di Australia akan bermula minggu ini.- CNA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad