web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Speedy Tigers' Raih Kemenangan Sulung Di UK

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 5:01PM

Skuad hoki lelaki kebangsaan bergambar bersama pemain Kelab Beeston HC sebelum perlawanan Siri Jelajah United Kindom 2021 diadakan, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook Malaysian Hockey Confederation

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya meraih kemenangan sulung pada Siri Jelajah United Kingdom 2021, selepas menewaskan kelab England Beeston H.C 3-1 di Pusat Hoki Nottingham, awal pagi tadi.

Kejayaan itu hadir pada perlawanan keempat siri jelajah berkenaan selepas skuad bimbingan Ketua Jurulatih A. Arulselvaraj merekod dua keputusan seri dan satu tewas, dalam tiga aksi pertama berdepan pasukan berstatus kelab, demikian menurut kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Muhammad Razie Abd Rahim muncul wira pasukan selepas meledak hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12, ke-35 dan ke-42 manakala Beeston H.C meraih gol sagu hati pada minit ke-18 juga daripada pukulan sudut penalti.

“Kemenangan pertama 3-1 merupakan jaringan pukulan sudut penalti Razie Rahim di mana kami memperoleh empat pukulan sudut penalti dan beliau menjaringkan tiga daripadanya, sementara lawan memperoleh lima pukulan sudut penalti.

“Dari segi perlawanan, pemain mengawal permainan dengan baik, lebih teratur dan bermain dalam tempoh perlawanan yang agak tinggi. Kemenangan hari ini juga akan menaikan semangat pemain kerana ini aksi terakhir bertemu kelab di sini,” kata Arulselvaraj dalam kenyataan tersebut.

Berbaki enam perlawanan dalam siri jelajah itu, skuad ‘Speedy Tigers’ akan dicabar skuad kebangsaan Ireland, Wales dan Perancis dengan empat daripada keseluruhan baki enam perlawanan itu adalah berstatus perlawanan ujian.

Arulsevaraj berkata pasukan negara akan bertolak ke Ireland hari ini untuk berdepan skuad tuan rumah yang dijadual berlangsung pada 6 Okt.

Sementara itu, pemain tengah kebangsaan Meor Muhammad Azuan Hassan menyifatkan kemenangan diraih pasukan negara adalah pemangkin semangat buat mereka menghadapi empat perlawanan ujian.

“Syukur Alhamdulillah, ini kemenangan pertama kami menentang pasukan kelab England dan kami akan menjadikan kemenangan ini sebagai persediaan bagi bertemu Ireland dan Wales. Perlawanan sebelum ini kami berjaya jaringkan gol menerusi gerakan padang dan ia sesuatu yang baik.

“Kali ini pula kami menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti dan tiga gol tersebut cukup baik untuk kami kerana keseimbangan dalam menjaringkan gol dapat dilihat dan kami akan melakukan persediaan lebih lagi untuk bertemu Ireland dan Wales,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar