web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negeri Sembilan, Raih 3 Mata Penuh Di Kota Bharu

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 7:55AM

Negeri Sembilan FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Kelantan United pada aksi peringkat Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. - Gambar dari Facebook Negeri Sembilan Football Club

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Negeri Sembilan FC berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas  Kelantan United pada aksi kedua peringkat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV.

Negeri Sembilan, yang turun membawa status sebagai juara Liga Premier, lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan berterusan ke arah pintu gawang tuan rumah Kelantan United (KUFC).

Peluang terbaik menjaringkan gol Negeri Sembilan dicipta pada minit ke-14 menerusi Thierry Akono di dalam kotak penalti namun bola berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol KUFC Mohamad Ramdhan Ab Hamid.

Skuad tuan rumah, yang lebih menggunakan corak permainan serangan balas, hampir menjaringkan gol menerusi sepakan kencang ketua pasukan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi dari jarak 35 meter di luar kotak penalti namun dinafikan oleh penjaga gawang Negeri Sembilan Damien Chein Khai Kim.

Tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan selepas berjaya mempertahan pintu gawang masing-masing daripada dibolosi.

Separuh masa kedua, permainan seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan yang mengatur gerakan dengan berhati-hati daripada melakukan kesilapan yang boleh memberi peluang untuk kedua-dua pasukan menjaringkan gol pertama perlawanan.

Sehingga minit ke-70, kedua-dua pasukan dilihat sukar mencipta jaringan sulung perlawanan dengan benteng pertahanan masing-masing kebal mempertahan gawang gol.

Gol Negeri Sembilan dihasilkan oleh pemain gantian Muhammad Ferris Danial Mat Nasir pada minit ke-80 apabila bijak menolak mudah bola lintang rakan sepasukan dari arah kanan pasukan KUFC.

Dengan gol itu, Kelantan United sekali lagi kecewa apabila gagal meraih sebarang mata selepas tewas 3-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Kedah. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar