web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDA FC Korban Terbaru Melaka United

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 7:58AM

KDA FC tewas pada Melaka United FC pada aksi kedua kumpulan C untuk saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi. - Gambar dari Facebook Kedah Darul Aman FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC menjadi mangsa terbaru Melaka United FC yang bangkit daripada ketinggalan untuk mencipta kemenangan 3-1 pada aksi kedua Kumpulan C saingan Piala Malaysia, malam tadi.

Kemenangan di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu menyaksikan skuad bimbingan Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan berjaya membalas dendam kekalahan 1-4 kepada KDA FC pada aksi terakhir Liga Super awal bulan ini.

Pasukan tuan rumah yang turun selaku pendahulu kumpulan memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi Kpah Sherman yang tenang menampan bola hantaran rakan sepasukan Tchetche Kipre.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila gerakan KDA FC di dalam kawasan sendiri berjaya dipatahkan sebelum Sony Norde menyempurnakan lorongan Adriano Narcizo dengan melepaskan rembatan deras yang gagal ditampan kemas penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-23.

Permainan lebih kemas ditampilkan Melaka United terus membuahkan hasil apabila giliran pemain tengah Manuel Ott mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-39 sekali gus meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada separuh masa.

Momentum yang diperoleh pasukan pelawat diteruskan pada separuh masa kedua yang menyaksikan gol ketiga terhasil tujuh minit selepas rehat menerusi Ott yang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti sebelum kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga tamat permainan.

Keputusan itu membolehkan Melaka United yang mencatat dua kemenangan setakat ini merampas kedudukan pendahulu Kumpulan C dengan mengumpul enam mata sementara KDA FC di kedudukan kedua dengan tiga mata.

Pada masa sama, Juara 2019 Johor Darul Ta'zim (JDT) menarik nafas lega dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC dalam satu perlawanan sengit di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pemain prolifik JDT Gonzalo Cabrera muncul wira pasukan apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ketiga selepas berjaya memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak menewaskan penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Selepas dua perlawanan, JDT kekal menerajui carta kedudukan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, empat mata dipisahkan dengan pencabar terdekat Sabah FC yang mengutip dua mata sementara PJ City FC dan Kelantan FC masing-masing di tempat ketiga dan keempat berkongsi satu mata.

Dalam pada itu, satu lagi aksi Kumpulan D menyaksikan Sabah FC nyaris diaibkan pasukan Liga Premier Kelantan FC apabila aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Dua gol Sabah terhasil daripada sepakan penalti yang tenang disempurnakan kapten pasukan Risto Mitrevski pada minit ke-32 dan minit ke-80 sementara Kelantan FC memperoleh jaringan hasil sentuhan Natanael Siringo Ringo pada minit ke-39 dan pemain gantian Muhammad Haziq Mohd Subri pada minit ke-70. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar