web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ken Worden: Garang Di Atas Padang, Budiman Sejati Di Luar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 10:41AM

Worden pernah bermain dan kemudian mengurus pasukan Selangor. - Gambar dari FB Football Tasmania

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kali terakhir Thomas Samuel berjumpa dengan Kenneth Joseph Worden di Kuala Lumpur adalah pada lima tahun lalu.

Namun tidak pernah Thomas - iaitu bekas setiausaha agung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia - menduga bahawa ia adalah pertemuan terakhirnya dengan bekas jurulatih Selangor itu.

Kenneth - yang lebih popular dipanggil Ken Worden menjadi terkenal kerana melatih pasukan Selangor dan Malaysia pada 1990-an - meninggal dunia, pada usia 78 tahun, di Australia semalam.

“Saya rapat dengannya. Malah, dia juga pernah datang ke majlis perkahwinan saya pada 1992,” Thomas mengimbau.

Thomas menambah, Worden bukan tidak mementingkan status, baginya, merit adalah segala-galanya.

“Sosok yang berkaliber sepertinya tidak perlu pun untuk berkawan dengan saya namun, kami kekal akrab meskipun setelah beliau meninggalkan kerjayanya di Malaysia.

“Apabila kami menganjurkan perlawanan dengan bekas pemain-pemain bola sepak, beliau juga mesti akan turut serta,” ujar Thomas.

Menurut Thomas, semasa Worden melatih Selangor pada 1991 dan kemudiannya pasukan kebangsaan pada tahun seterusnya hingga 1993, beliau berjaya menyuntik profesionalisme dalam diri pemain kedua-dua pasukan itu.

“Setiap pemain yang berada di atas padang dipilih berdasarkan merit.

“Beliau juga ramah dengan penduduk tempatan dan mempunyai ramai teman baik. Beliau seorang yang merendah diri dan senang untuk didekati. Seorang budiman yang sejati,” puji Thomas.

Worden lahir pada 2 Februari 1943 di Preston, England. Semasa zaman mudanya beliau mula bermain untuk Burnley dan kemudiannya menyertai Preston North End di Lancashire.

Beliau berjaya menempa kejayaan sebagai seorang pemain dan jurulatih semasa berada di Australia. Worden juga pernah, untuk seketika, melatih Singapura.

Pada 1999 Worden pernah melatih Sabah sebelum kembali berkhidmat kepada Selangor pada 2002.

Di bawah pengurusannya, pasukan Red Giants itu berjaya memenangi Piala Malaysia sebanyak tiga kali (1995, 1996 dan 2002).

Pada 2009, Worden digaji oleh Terengganu dan juga berkhidmat sebagai jurulatih bagi pasukan bola sepak KL SPA pada 2015 sebelum menjadi Pengarah Teknikal Perak pada lewat tahun itu.

Pada 2017, beliau menukar kerjayanya dan membuka gerai makanan di Kuala Terengganu.

Susulan kematiannya, ratusan pengguna media sosial mengucapkan takziah kepada keluarga Worden dan antara tokoh yang turut menyampaikan penghormatan kepadanya adalah jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal, bekas pemain hoki Maninderjit Singh serta Persatuan Bolasepak Malaysia. – TwentyTwo13

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad