web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bagnaia Halang Quartararo Untuk Kemenangan Kedua Berturut-Turut

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 9:04AM

Bagnaia menjulang trofi pemenang di atas podium selepas tamat GP San Marino. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MISANO - Penunggang Ducati Frencesco Bagnaia menjuarai perlumbaan di laman sendiri di GP San Marino dengan persembahan dominan dari petak utama.

Pelumba dari Itali itu, yang meraikan kemenangan pertama dalam MotoGP minggu lepas di Aragon, ditekan oleh pendahulu kejuaraan dunia Fabio Quartararo di akhir perlumbaan.

Tetapi beliau berjaya memastikan pelumba Yamaha dari Perancis itu kekal di belakangnya.

Enea Bastianini melengkapkan podium.

Walaupun terlepas peluang untuk menambah satu lagi kemenangan kepada empat yang sudah dikecapi musim ini, Quartararo, 22, masih mampu tersenyum.

Dengan tinggal empat lagi perlumbaan musim ini, kelebihannya ke atas Bagnaia di puncak kejuaraan dunia adalah 48 mata.

Tetapi persembahan hebat pelumba Ducati itu di lewat musim ini memberi saingan kepada usaha Quartararo untuk menjadi juara MotoGP pertama dari Perancis.

Juara bertahan Joan Mir pula berada di tangga ketiga dengan perbezaan 67 mata.

Aksi MotoGP akan beralih ke Texas untuk Grand Prix of the Americas pada 3 Oktober. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad