web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SRT Berubah Menjadi RNF MotoGP Racing

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 6:07PM

Razlan (kanan) berjabat tangan bersama Ezpeleta selepas mengesahkan pertukaran pasukan SRT menjadi RNF MotoGP Racing. - Gambar dari motogp.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permulaan satu era dan harapan baharu untuk Sepang Racing Team (SRT) dalam kejohanan perlumbaan MotoGP apabila pasukan itu kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing.

Mengikut satu laporan dalam motogp.com, RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan ‘independent’ (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022 sehingga sekurang-kurangnya 2026, dengan Datuk Razlan Razali kekal sebagai prinsipal, dengan pasukan itu terus berusaha untuk mencapai kejayaan lebih baik.

Razlan berkata, pasukan yang dijenamakan semula itu akan meneruskan rangka tindakan yang telah terbukti berjaya sebelum ini dan harapan sudah semestinya tinggi dan mereka akan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran.

“Ia satu perjalanan yang bergelora untuk kami. Dalam tempoh beberapa bulan ini, kami telah melakukan usaha untuk mengatur, menjenamakan dan melancarkan semula pasukan ini.

“Berbekalkan dengan pengalaman yang kami ada dan pelbagai kejayaan pada masa lalu, kami teruja untuk menyertai musim 2022 dengan penyertaan satu pasukan yang lebih kuat,” katanya.

Dalam masa sama, Razlan turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta (pemegang hak eksklusif pengiklanan dan penyiaran televisyen MotoGP) atas kepercayaan dan keyakinan berterusannya kepadanya, untuk memulakan bahagian kedua ini dengan sebuah pasukan baharu yang dibina semula, untuk bertanding dalam kelas premier MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu Carmelo menggambarkan Razlan sebagai seorang yang amat meminati projek itu dengan mendalam dan percaya kejayaan yang baik akan dihasilkan oleh pasukan baharu itu untuk musim akan datang dan seterusnya.

“Razlan telah menjadi satu aset yang penting untuk keluarga MotoGP sejak beliau bermula di Sepang, dan telah membantu meningkatkan sukan itu di Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara secara amnya,” katanya.

Penjenamaan semula itu berlaku berikutan perpisahan antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan SRT bulan lepas, selepas litar itu dan Petronas membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama mereka berkaitan nama Petronas SRT dalam Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim 2021.

Pemisahan antara kedua pihak itu membuka peluang untuk SRT menjalani proses penjenamaan semula.

Menerusi kerjasama mereka, pasukan itu mencatatkan kejayaan membanggakan dalam Kelas Premier pada musim pertama mereka 2019, dengan memenangi kedudukan sebagai Pasukan Bebas Terbaik (Top Independent Team) dan menamatkan pada kedudukan keempat Kejuaraan MotoGP Dunia.

Pada musim 2020 yang dilanda pandemik, pasukan itu mencatatkan enam kemenangan untuk menduduki tempat kedua Kejuaraan Dunia dan sekali lagi gelaran Pasukan Bebas Terbaik, manakala Franco Morbidelli menduduki tempat kedua keseluruhan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad