web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gimnasium Dibenar Beroperasi Selepas SOP Tambahan Diwartakan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 9:36PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Gimnasium di negeri Fasa dua dan tiga, di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dibenarkan beroperasi dan hanya mereka yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan masuk.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, operator gimnasium perlu mematuhi prosedur operasi standard SOP seperti pemantauan terhadap penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

''Operator perlu divaksin sepenuhnya untuk membuka premis. Gimnasium juga hanya dibuka kepada mereka yang telah divaksin sepenuhnya,'' katanya selepas melancarkan kempen derma darah di pusat beli belah AEON Kinta, di sini, hari ini.

Lian Ker bagaimanapun berkata, terdapat SOP tambahan untuk gimnasium dan sukan tertutup dan ia akan diumumkan secepat mungkin.

"Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) dibenarkan kepada individu yang lengkap vaksin.

"Sebaik sahaja SOP tambahan itu diwartakan, ia akan dibenarkan dibuka,'' katanya.

Minggu lepas, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa pembukaan semula gimnasium dan sukan padang (outdoor sports) selepas kerajaan memberikan kelonggaran SOP kepada industri kreatif berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Faizal turut menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipimpin Khairy Jamaluddin untuk mempertimbang cadangan tersebut dengan SOP ketat demi kelangsungan hidup mereka yang terlibat. - Getaran, 16 September 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad