web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ronaldo Lengkap Kepulangan Ke Old Trafford Dengan 2 Gol

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 1:03PM

Ronlado meraikan jaringan keduanya dalam perlawanan menentang Newcastle semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANCHESTER - Cristiano Ronaldo menikmati kepulangan idaman dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Newcastle di Old Trafford semalam.

Ronaldo kini mempunyai 120 gol bersama United, tetapi dua jaringannya semalam adalah yang pertama sejak meninggal Real Madrid 12 tahun lalu dan membantu pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu naik ke puncak Liga Perdana Inggeris.

“Beliau masih seorang penjaring gol yang hebat.

“Beliau dapat menghidu peluang untuk menjaringkan gol,” kata Solskjaer.

Ronaldo menjaringkan gol pertamanya sebelum waktu rehat perlawanan, tetapi selepas babak kedua bermula Newcastle bermula garang dan usaha mereka berhasil dengan Javier Manquillo merobek gawang United.

Tidak lama selepas itu Ronaldo kembali meletakkan United di depan dengan gol keduanya.

Bruno Fernandes kemudian meledak jaringan dari rembatan jarak jauh 10 minit sebelum aksi tamat.

Jesse Lingard kemudian melengkapkan jaringan buat United dalam masa kecederaan. - AFP

Keputusan perlawanan lain:

Crystal Palace 3 Tottenham 0

Watford 0 Wolves 2

Brentford 0 Brighton 1

Arsenal 1 Norwich 0

Southampton 0 West Ham 0

Leicester 0 Man City 1

Chelsea 3 Aston Villa 0

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Disiasat Susulan Isyarat Kurang Sopan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Tampil Dengan Pakaian Tradisi Arab Saudi Dalam Video Terbaharu Al Nassr

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar