web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Atlet Angkat Berat Positif Doping Digantung Serta-Merta - PABM

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 3:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengesahkan bahawa dua atlet yang sebelum ini dilaporkan positif penggunaan bahan terlarang adalah atlet angkat berat.

Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata kedua-dua badang itu telah digantung daripada sebarang aktiviti, latihan dan kegiatan sukan angkat berat Malaysia sehingga proses pendengaran dan hukuman dijalankan.

Beliau berkata PABM akan memberikan kerjasama penuh kepada panel pendengaran serta siasatan yang akan ditubuhkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dalam masa terdekat.

“PABM tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet, jurulatih atau pegawai terlibat dengan doping. Tindakan mengambil bahan larangan ini sudah pastinya mewujudkan persaingan secara tidak sihat serta mengakibatkan maruah sukan ini tercalar.

“PABM akan mengambil tindakan lanjut berkaitan isu ini setelah keputusan penuh pendengaran dan siasatan diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayub berkata pihaknya terus bekerjasama dengan Adamas dalam melaksanakan ceramah, bengkel, kursus dan kefahaman berkaitan anti-doping kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai.

Sebelum ini, Pengarah Adamas Azura Abidin berkata dua atlet kebangsaan yang menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN),  didapati positif pada ujian yang dilakukan pada Jun lepas tetapi tidak mendedahkan jenis sukan.

Azura turut mengesahkan bahawa kedua-dua atlet terbabit setakat ini belum meminta untuk mencabar Sampel B, dan kes masih dalam proses pengurusan keputusan di peringkat Adamas.

“Adalah menjadi obligasi Adamas untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan sulit tanpa sebarang gangguan,” kata Azura semalam.

Ini bukan kali pertama sukan angkat berat negara dikejutkan dengan kontroversi doping, apabila PABM digantung daripada menyertai sebarang aktiviti Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) selama setahun bermula 1 April 2020, selain semua atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana masalah doping.

PABM juga pernah didenda sebanyak AS$25,600 (lebih kurang RM110,000) pada 2019 berikutan kes doping membabitkan empat atlet negara.

PABM pada 2018 telah mengenakan hukuman penggantungan selama tiga tahun kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Mohd Hafifi Mansor serta penggantungan empat tahun kepada Mohamad Fazrul Azrie Mohdad, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhammad Zaidi Nordin dan Ronny Jesus kerana positif doping. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Izzan Menang Emas Angkat Berat, Pecah Rekod Kebangsaan 'Clean & Jerk'

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Aniq Bawa Pulang 2 Pingat Dari Qatar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Aniq Perbaharui Rekod Kebangsaan, Raih Tonik Ke Sukan Olimpik Paris 2024

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejohanan Dunia: Mohamad Aniq Rangkul Gangsa Di Riyadh

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar