web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paralimpik: Harapan Emas Pada Leik Hou

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 12:33PM

Cheah Liek Hou - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou hanya selangkah sahaja lagi untuk melakar sejarah sebagai juara badminton temasya Sukan Paralimpik pertama, selepas mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di sini, hari ini.

Sukan badminton pertama kali dipertandingkan di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 

Pemain berusia 33 tahun itu berjaya bangkit selepas tewas set pertama untuk menundukkan Fang Jen-yu dari Taiwan dengan kemenangan 15-21, 21-10, 21-16 dalam empat peringkat terakhir di Yoyogi National Stadium di sini, pada sesi pagi.

Pemain nombor dua dunia itu yang bermula perlahan dengan mengekori pemain lawan dalam set pertama sebelum kalah 15-21.

Liek Hou, bagaimanapun kembali ke gelanggang dengan lebih bertenaga dan mendahului 11-6 selepas tempoh rehat di set kedua, untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-10.

Pada masa penentuan, walaupun pertarungan hampir sama pada awalnya, juara dunia enam kali itu mempamerkan keunggulan untuk menguasai kedudukan 21-16 bagi menjamin kedudukannya di final.

Liek Hou akan berhadapan dengan pemain nombor satu dunia Dheva Anrimusthi dari Indonesia di final, sementara Jen-yu akan menentang pemain Indonesia lain, Suryo Nugroho untuk penentuan pingat gangsa. Kedua-dua perlawanan dijadualkan pada 4 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Dheva menundukkan pemain nombor tiga dunia Suryo 21-13, 21-15 pada perlawanan separuh akhir, sebelum ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar