web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paralimpik: 'Dek Wan' Mara Ke Final, Tekad Pertahan Emas Esok

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 9:00PM

Atlet pelari paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (kanan) melayakkan diri alam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Juara bertahan, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menepati ramalan apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara 100 meter lelaki T36 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik hari ini.

Mohamad Ridzuan yang lebih dikenali dengan “Dek Wan” mencatatkan masa 12.06 saat (s) pada  saringan kedua dalam pusingan pertama yang berlangsung di Stadium  Olimpik.

Pelari berusia 33 tahun ketika ditemui Bernama selepas lariannya percaya mampu berlari lebih pantas dan akan berusaha untuk mempertahankan pingat emasnya esok.

“Ya, Dek Wan percaya boleh lari lebih laju dan nak menang emas esok” katanya.

Pencabar terdekatnya, Yang Yifei dari China menamatkan lariannya dengan merekodkan masa 12.10s manakala pelari Jawatankuasa Paralimpik Rusia, Evgenii Shvetsov di kedudukan ketiga dengan masa 12.26s.

Mohamad Ridzuan menduduki tempat keempat secara keseluruhan dalam senarai lapan pelumba daripada kedua-dua saringan, yang layak ke final.

James Turner dari Australia mencuri tumpuan apabila bukan sahaja muncul pelari terpantas, malah beliau turut memecahkan rekod Paralimpik milik Mohamad Ridzuan di Rio 2016 iaitu 12.07s, dengan catatan baharu 11.87s.

James juga merupakan pemegang rekod dunia dengan catatan 11.72s dalam Kejohanan Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2019.

Aksi final akan berlangsung pagi esok, kira-kira 10.38 pagi (9.38 pagi waktu Malaysia). - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad