web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Djokovic Mulakan Kempen Terbuka AS Dengan Langkah Kanan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 10:44AM

Djokovic mara ke pusingan kedua dengan mudah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Pemain No 1 dunia Novak Djokovic menang perlawanan pusingan pertamanya di Terbuka AS tanpa masalah dalam usahanya untuk melengkapkan Grand Slam kalendar dan mencipta rekod kejuaraan Major ke-21.

Pemain Serbia yang berusia 34 tahun itu mendominasi lawannya dari Denmark yang berusia 18 tahun Holger Rune 6-1, 6-7 (5-7), 6-2, 6-1 perlawanan yang berlangsung selama dua jam dan 15 minit di Stadium Arthur Ashe.

“Ini bukan persembahan terbaik saya.

“Dalam masa yang sama lawan saya hari ini bermain dengan baik di set kedua, saya juga tidak melakukan servis dengan baik,” kata Djokovic.

Djokovic akan melengkapkan Grand Slam kalendar pertama buat pemain perseorangan lelaki sejak Rod Laver melakukannya pada 1969 dengan menjadi juara di New York.

Jika berjaya, beliau juga akan memecahkan seri dengan Roger Federer dan Rafael Nadal untuk kejuaraan Major terbanyak dengan 21.

Juara bertahan Dominic Thiem, Federer dan Nadal tidak menyertai Terbuka AS tahun ini kerana mengalami kecederaan.

Djokovic, yang telah menang lapan daripada 12 kejohanan Grand Slam yang lepas, akan berdepan dengan pemain dari Belanda Tallon Griekspoor di pusingan kedua. - AFP

Keputusan terpilih lain:

Alexander Zverev mengalahkan Sam Querrey 6-4, 7-5, 6-2

Maxime Cressy mengalahkan Pablo Carreno Busta 5-7, 4-6, 6-1, 6-4, 7-6 (9-7)

Ashleigh Barty mengalahkan Vera Zvonareva 6-1, 7-6 (9-7)

Kei Nishikori mengalahkan Salvatore Caruso 6-1, 6-1, 5-7, 6-3

Matteo Berrettini mengalahkan Jeremy Chardy 7-6 (7/5), 7-6 (9/7), 6-3

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batal Visa Djokovic Untuk Kali Kedua

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Hakim Australia Arahkan Djokovic Dilepaskan Dari Tahanan

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batalkan Visa Djokovic, Diarah Pulang Segera

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad