web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lontar Peluru, Malaysia Kemuka Rayuan Hari Ini

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 7:46AM

Muhammad Ziyad Zokefli - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Tokyo di sini hari ini.

Ketua kontinjennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata proses rayuan kepada kedua-dua badan sukan itu akan dilakukan hari ini.

Beliau berkata kenyataan rasmi juga akan dikeluarkan pihaknya hari ini.

“Buat masa ini, saya tak nak kata apa-apa lagi, kita perlu sensitif dalam perkara ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau sebelum itu melakukan protes kepada  jawatankuasa teknikal pertandingan berhubung status jaguh olahraga Muhammad Ziyad Zolkefli yang diklasifikasikan sebagai tidak memulakan aksi walaupun melengkapkan lontaran pada saingan akhir berlangsung di Stadium Olimpik di sini. 

Terdahulu, aksi Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya mempertahan emas dimenanginya di Rio 2016 selain memecah rekod dunia 17.29m yang dilakukan atlet itu di Kejohanan Olahraga Para Dunia London pada 2017 dengan lontaran pada percubaan ketiga 17.94m sebelum jawatankuasa teknikal membuat keputusan kontroversi membatalkannya.

Bukan sahaja Ziyad Zolkefli malah dua lagi atlet iaitu Jordi Patricio Congo Villalba dari Ecuador dan Todd Hodgets dari Australia turut diberikan status sama.

Ecuador dan Australia yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu turut bersama dengan Megat D Shahriman dalam mengemukakan protes kepada jawatankuasa teknikal.

Atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecah rekod dunia milik Muhammad Ziyad.

Perak juga milik atlet Ukraine, Oleksandr Yarovyi, dengan lontaran 17.30m manakala gangsa milik Efstratios Nikolaidis dari Greece, dengan lontaran 15.93m.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum itu mengesahkan kem negara sudah pun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan pasukan Ukraine sehingga menyaksikan emas terlepas daripada genggaman Muhammad Ziyad. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad