web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Heung-min Pacu Spurs Ke Puncak Liga, Greenwood Bantu United Catat Rekod

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 8:02AM

Heung-min (dua dari kanan) meraikan golnya bersama rakan sepasukan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Son Heung-min membantu Tottenham ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas jaringannya daripada sepakan percuma memberi kemenangan 1-0 kepada Spurs.

Gol lewat Mason Greenwood memberi kemenangan 1-0 kepada Manchester United ke atas Wolves yang mencatat rekod baharu buat The Red Devils.

Pasukan kendalian Nuno Espirito Santo memulakan musim ini dengan rekod bersih dan mereka berada di puncak liga dengan perbezaan dua mata kepada West Ham.

Sepakan percuma Heung-min di babak pertama cukup buat Spurs mencatat kemenangan ketiga mereka berturut-turut.

Nuno menjadi pengurus Tottenham pertama sejak Arthur Rowe pada 1949 yang berjaya menang tiga perlawanan pertama selepas mengambil alih.

“Kami faham ancaman Watford, dan kami telah mengurusnya dengan baik. Saya sangat gembira kerana para pemain telah bekerja keras,” kata Nuno.

Di Molineux, Manchester United mencatat rekod baharu liga utama England untuk jumlah perlawanan tanpa kalah di tempat lawan terbanyak dalam permainan pertama mereka sejak mencapai persetujuan untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo daripada Juventus.

Sementara Ronaldo melengkapkan perpindahannya, United yang belum kalah, boleh berterima kasih kepada Greenwood untuk kemenangan kedua mereka dalam tiga perlawanan.

Greenwood, yang berusia 19 tahun, menjaringkan gol buat perlawanan ketiga berturut-turut.

United belum kalah dalam 28 perlawanan liga di tempat lawan, melepasi rekod yang mereka kongsi bersama Arsenal sebelum ini.

“Ia satu gol istimewa. Penjaga gawang mereka sepatutnya menyelamatkan cubaan itu tetapi dia telah merembat bola dengan pantas,” kata pengurus United Ole Gunnar Solskjaer, yang mengesahkan Ronaldo dijangkakan membuat penampilan menentang Newcastle pada 11 September.

“Kedua pasukan boleh menang hari ini, kami ditekan buat satu jangka masa tetapi mengawal bola dalam sebahagian besar perlawanan ini,” tambahnya lagi.

United naik ke tangga ketiga liga manakala Wolves kekal tanpa mata dibawah kendalian pengurus baharu Bruno Lage.

Dalam perlawanan lain, Patrick Bamford menyelamatkan Leeds daripada kekalahan selepas menjaringkan gol penyamaan dalam seri 1-1 dengan Burnley. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar