Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Aksi Sulong Adam Di Silverstone, Hujung Minggu Ini

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 8:05AM

Adam Norrodin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba Malaysia, Adam Norrodin bersedia untuk membuat penampilan sulung dalam saingan Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing sebagai pengganti Jake Dixon pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain hujung minggu ini.

Penunggang berusia 23 tahun itu, yang kini bertanding pada Kejohanan CEV FIM dan kini menghuni tangga kelima dalam kedudukan Moto2 setelah meraih tiga podium, akan menjadi pengganti pelumba Britain itu di Litar Silverstone.

Dixon mengosongkan tempatnya susulan dinaikkan ke kelas perdana bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing menggantikan Cal Crutchlow, yang dipanggil bagi menggantikan Maverick Vinales dalam pasukan Yamaha.

Crutchlow sendiri dibawa masuk pada pertengahan musim sebagai pengganti pelumba Itali, Franco Morbidelli, yang semakin pulih daripada pembedahan lutut kiri pada hujung Jun lalu.

Adam, yang membuat penampilan sulung dalam saingan Moto3 pada 2016 bersama pasukan yang ketika itu dikenali sebagai SIC Racing Team selama tiga musim, berjaya merangkul tujuh kedudukan 10 teratas, termasuk tangga kelima pada GP Argentina 2018 selain mencatat pusingan terpantas di GP Malaysia pada 2017.

“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasa untuk kembali menyertai kejuaraan dunia di Silverstone, tetapi saya amat gembira dan tidak sabar untuk beraksi. Ia satu penghormatan besar. Saya akan cuba melakukan sebaik mungkin dan saya amat teruja untuk beraksi dalam saingan Moto2 di GP Britain,” kata pelumba berasal dari Johor itu dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukannya.

Sementara itu Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, ia peluang yang tepat pada masanya bagi Adam untuk terus berkembang dan membina penanda aras bagi dirinya dalam bersaing dengan pelumba lain pada kejuaraan dunia Moto2.

“Adam telah menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan CEV FIM, apabila beliau ketika ini menduduki tangga kelima dan meraih beberapa podium tahun ini. Beliau berhak mengambil kelebihan susulan kekosongan tempat dalam Moto2 selepas Dixon dinaikkan taraf dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi bersama pasukan ini di Silverstone.

“Inilah objektifnya memiliki struktur seperti kami dan apabila situasi sebegini, kita dapat menempatkan bakat muda Malaysia ke dalam pasukan. Lebih-lebih lagi apabila GP Malaysia dibatalkan, ini mungkin satu-satunya masa pada tahun ini buat peminat Malaysia menyaksikan seorang lagi pelumba negara beraksi dalam Moto2," katanya.

Razlan berkata mereka tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Adam sebaliknya pelumba itu boleh menimba pengalaman berguna. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura Beri Kerjasama Dalam Siasatan Jambatan Runtuh Di AS

Semasa 9 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India